Recent Post

Friday, December 18, 2015

TV3 & TV9 Raikan ‘Malam Ka’Rock’ Bersama Wartawan Hiburan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Unit komunikasi korporat (PR) TV3 & TV9 telah menganjurkan majlis 'Malam Ka'Rock' bersama wartawan hiburan dari media cetak dan media elektronik.

Antara wartawan yang hadir ialah dari portal Murai, Astro Gempak, Tonton, Rotikaya, Malaysia Digest, Krew Melodi, My News Hub dan Sensasi Selebriti.  

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara  (PR) dan petugas media hiburan yang sama-sama membantu memberikan publisiti setiap program TV yang ingin dikeudarakan.

Di samping itu, ia juga sebagai tanda penghargaan dari pihak TV3 & TV9 di atas kerjasama yang tidak henti-henti oleh wartawan hiburan dalam mempertabatkan industri hiburan tanah air.

Selain menyanyi lagu secara karaoke beramai-ramai, cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Majlis seumpama ini wajar diteruskan agar hubungan yang terjalin akan terus kekal dan sebati. 

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 18 Dis 2015

 

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *