Recent Post

Saturday, December 26, 2015

'Dia (Isteri) Ada CCTV Ke?'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kami baharu pulang dari menjelajah seluruh KL dalam siri memantapkan ilmu bersyarikat ini. Banyak tangga dan pintu travel yang telah dipanjat dan ditemui dalam usaha membina syarikat travel sendiri. Terakhir kami bermesyuarat di Bangi. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Ketika sedang rancak bermesyuarat, tiba-tiba telefon berdering. 'My Wife' "Abang, tolong beli ubat titik Nasal Saline Drops untuk selsema budak dekat klinik Family depan tempat abang mesyuarat. Abang kena pergi sekarang tau! Pukul 12 malam dah tutup. Untuk budak-budak bawah 6 bulan ubat titik jer. Ubat makan tak boleh. Jangan lupa ya, terima kasih," ujar isteri saya lembut dan baik. Talian dimatikan. Saya hairan, tapi saya diam. Saya terus mengikut arahan mandatori yang diberikan. Ketika berjumpa dengan farmasist, beliau mengiyakan bahawa bahaya memberikan kanak-kanak di bawah 2 tahun ubat makan selsema dan batuk. Saya mengangguk-angguk. Entah apa benda dia sebut lagi lepas tu saya pun tak letak dalam kepala. Apa saya tahu, saya dah membeli ubat tersebut. Saya hairan, tapi saya diam. Ketika selesai mesyuarat, saya lalu di hadapan klinik tersebut. Ternyata ia telah tutup. Sama macam isteri saya cakap. Dia ada cctv ker? Saya hairan, tapi saya diam. Ketika memandu pulang ke rumah, saya teringat ketika membawa anak kembar ke klinik kesihatan tempoh hari, isteri saya memberikan tips waktu yang sesuai untuk pergi kerana orang tak ramai dan cepat selesai urusan. Juga beliau tahu bilik mana dan ke mana harus dituju dan saiz jarum untuk budak. Saya hairan, tapi saya diam. Entah bila dia ambik jurusan farmaseutikal dan kejururawatan ni saya pun tak pasti. Akhirnya saya menyedari, bahawa itu semua didapati hasil pengalaman beliau membesarkan anak-anak dan keluarga. Lalu akibat minat dan selalu sangat menghadapi perkara yang sama, beliau menghafal segala jenis ubat dan mengumpulnya di dalam peti. Beliau juga tahu apa ubat atau makanan yang perlu dimakan dan tak boleh dimakan ketika sakit. Oleh itu, fahamilah isteri bukan sahaja boleh menjadi dobi, bahkan boleh menjadi pharmacist, boleh menjadi doktor, boleh menjadi cikgu disiplin, boleh menjadi facebook ads, boleh menjadi juruaudit, boleh menjadi chef Gordon Ramsay, boleh menjadi lawyer, boleh menjadi ustazah, boleh menjadi stylist, boleh menjadi ketua perisikan negara, boleh menjadi hantu, boleh jadi buaya dan boleh blah. Paling tak boleh tahan beliau boleh menjadi-jadi ketika datang khabar ada sales. Lutfi Lokman Pemerhati kerajaan




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *