Recent Post

Saturday, December 26, 2015

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH di Theatre Lounge Cafe


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Setelah sekian lama menyepi, NORA ARIFFIN, penyanyi yang telah banyak menerima anugerah dalam industri muzik kini kembali beraksi buat comeback dengan sebuah single terbarunya yang berjudul ANUGERAH.

Pada 24 Disember lalu, Budiey sempat bertemu dengan Nora Ariffin untuk bertanyakan lebih lanjut tentang single ANUGERAH ini. Sebuah lagu yang dicipta khas untuk Nora ciptaan tiga komposer muda dan terkini, kombinasi trio OMAR K, AUDI MOK & EZRA K.

Budiey sudah pun mendengar lagu ini dan tidak dinafikan suara dan vokal Nora masih ada power masih lunak merdu dan lantang. Single ini dijangka bakal menjadi hits & perubahan besar buat karier Nora.

Lagu ini juga akan diedarkan ke corong-corong radio dan akan dipasarkan melalui online iaitu di laman sesawang itunes, Spotify dan lain-lain lagi.

Ikuti Temubual Nora Ariffin Buat Comeback Muncul Dengan Single ANUGERAH: https://youtu.be/_u_JyTAnTK8

Temubual Bersama Nora

Terbaru tentang Nora Ariffin, beliau sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan dan latihan di studio untuk sebuah showcase terbarunya, iaitu "NORA ANUGERAH" AT TLC yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Theater Lounge Cafe.

Showcase yang akan berlangsung selama 2 jam ini akan bermula dari jam 9 malam pada hari Jumaat 15, Sabtu 16 dan Ahad 17 Januari 2016.

Kepada semua peminat-peminat Nora yang merindui suara lunak merdunya, menjiwai lagu-lagu beliau serta mengimbau kembali kenangan-kenangan lama… inilah masa yang dinantikan. Nora kini kembali untuk anda.

Nora bakal menghiburkan peminat-peminat setia dengan 15 hingga 20 lagu-lagu hits beliau seperti Hanya Satu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu, Di Persimpangan Dilema dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga lagu-lagu pilihan beliau seperti, I Have Nothing, Hello, Broken Vow & lain-lain lagi. Showcase ini juga akan menampilkan beberapa artis jemputan yang istimewa.

Pengarah muzik showtime ini adalah penggubah muzik dan pianist wanita tersohor, Sze Wan yang memang berpengalaman luas dalam bidang produksi muzik secara live di tanah air dan juga di Asia.

Tempah dan dapatkan tiket anda sekarang! Tempat duduk terhad.

Untuk tempahan, anda boleh layari : http://www.theatreloungecafe.comatau hubungi HudHudMedia :Miss Janah di talian 03 78755449Email : janah@hudhudmedia.comcc to : info@hudhudmedia.com

Nora's website: www.nora.myFB: Nora AriffinIG: @itsnoraariffin

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Temubual Bersama Nora

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *