Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tempat ke 6 Gegar Vaganza 2 (GV2) Haiza akui teringin untuk menyanyikan lagu genre bahasa Jawa di pentas tersebut.
Namun hajatnya terpaksa dibatalkan kerana atas dasar kefahaman penonton yang mungkin tidak memahami sepenuhnya Bahasa Jawa.
"Sebenarnya saya kalau buat persembahan di majlis-majlis korporat, saya selalu juga nyanyi lagu Jawa seperti lagu Ketahuaan dari kumpulan Matta.
"Memang ada dalam 'wish list' tapi difikirkan semula rasanya tak perlulah. Nanti orang kata saya syok sendiri.
"Almaklumlah saya berasal dari Johor, sebahagian besar penduduk di sini fasih berbahasa Jawa. Dari situlah idea itu timbul, tapi pentas GV2 pun dah berakhir , jadi tidak mengapalah," kata Haiza dalam Best FM yang best Stesen Radio Best FM.
Dalam pada itu, Haiza juga mengulas lanjut mengenai kedudukan tempatnya di pentas akhir GV2. Dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Nya.
"Saya ada juga dengar dan baca juga di media-media sosial ramai yang kecewa saya dapat tempat ke-6. Ada yang cakap saya sepatutnya wajar mendapat tempat yang lebih baik.
"Tapi nak buat macam mana, itu semua keputusan daripada juri profesional yang menilai. Apa-apa pun pentas GV2 amat bermakna buat karier saya.
"Terlalu banyak memori yang terindah terutama sekali dengan peminat saya yang sangat 'supportive'. Saya nak ucap berbanyak-banyak terima kasih, kalian memang best!" ujarnya.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 15 Dis 2015
No comments:
Post a Comment