Recent Post

Tuesday, December 15, 2015

Jari kaki kanak-kanak tersepit di eskalator


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki yang di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat Muar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.35 malam dan seorang pegawai berserta enam anggota balai tersebut tiba di lokasi pada jam 10.10 malam.

"Operasi mengeluarkan jari kaki kanan mangsa, Ahmad Farhan Zulkifli, 6, menggunakan peralatan menyelamat, yang tamat kira-kira 10.50 malam. Berdasarkan pengamatan, tiada tanda menunjukkan bahawa jari itu patah," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, bagi tindakan lanjut.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *