Recent Post

Wednesday, December 09, 2015

PANAS! Lakonan Syarul Ridzwan Dikritik Peminat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PANAS! Lakonan Syarul Ridzwan Dikritik Peminat

Pelakon yang sedang meningkat naik, Syarul Ridzwan yang sebelum ini pernah digosipkan dengan Mia Ahmad nampaknya mula menceburi diri dalam bidang teater pula. – Mia Ahmad Mengaku Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, yang sering dilihat berlakon dalam drama tv seperti Kau Aku Kita, Street Vendette, Hati Perempuan dan lain-lain mula mengorak langkah ke bidang teater. Namun, ramai yang memberi komen negatif tentang lakonannya dalam pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah.

Beliau mengatakan sebagai seorang pendatang baru dalam bidang pementasan teater dia akui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selain menganggap teguran tersebut sebagai membina.

"Secara jujurnya saya tidak berfikir panjang apabila ditawarkan berlakon dalam teater ini kerana saya tahu ini adalah medium terbaik untuk saya mengasah bakat lakonan."

"Sebenarnya pandangan setiap individu berbeza tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk watak Putera Raja dan mengambil teguran itu untuk memperbaiki mutu lakonan saya."

Teater Bawang Putih Bawang Merah diarahkan oleh Erma Fatima turut menampilkan barisan pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Juliana Evans, Fathia Latiff, Beto Kusyairi, Nabila Huda, Ungku Ismail dan Dafi. Ia sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga hari ini.

Syarul Ridzwan Teater

Syarul Ridzwan bergandingan dengan Fathia Latiff dan Juliana Evans dalam teater Bawang Putih Bawang Merah.

Syarul juga menyatakan ketika menjalani sesi latihan, dia berasa lega kerana dikelilingi oleh orang- orang yang berpengalaman dan ramai membantunya untuk menjiwai watak tersebut.

"Rasanya sayalah yang paling banyak bertanya kerana saya tidak pernah berpuas hati dengan mutu lakonan saya."

"Seperti kritikan lakonan saya kurang menyerlah saya akan bertanya lagi kepada pengarah dan rakan-rakan pelakon apa yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki persembahan."

"Alhamdulillah mereka semua banyak membantu dan tidak lokek ilmu."

Tambahnya lagi, beliau mengatakan kritikan yang diterima itu tidak melemahkannya malah menguatkan lagi semangatnya utuk terus menyertai dalam bidang pementasan ini.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Warkah Terakhir Bonda Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil… SEBAK!
  • MENGEJUTKAN! Bakat Terpendam Anak Nabil Ahmad Terbongkar
  • TERPEGUN! Komen Shah Rukh Khan Yang Mengejutkan Ramai Orang
  • Penjelasan Yusry (KRU) Mengenai 'Sorok' Anak Mereka!
  • Apapun, kami mendoakan kejayaan Syarul dan semoga dia terus tabah untuk berkarya dalam bidang seni ini.

    14,171 total views, 14,171 views today




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *