Recent Post

Tuesday, August 25, 2015

Temui Mayat Bayi Dalam Tandas Wanita


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

MUADZAM SHAH - Mayat seorang bayi ditemui dalam sebuah plastik hitam di tandas wanita di Masjid Muadzam Shah, pada jam 2.40 petang kelmarin.  Menurut Setiusaha Masjid Muadzam Shah, Alwi Husin, dia dimaklumkan oleh seorang kakitangan masjid pada jam 3 petang di mana seorang wanita menemui mayat bayi dalam tandas wanita yang dibungkus dengan plastik sampah berwarna hitam. "Saya meminta wanita itu membuat laporan polis kerana beliau yang menemui mayat bayi tersebut," katanya. Wanita yang menemui mayat bayi itu pada mulanya membiarkan saja bungkusan plastik hitam tersebut diletakkan di tepi mangkuk tandas. Namun kerana sifat curiganya yang tinggi, lalu dia memeriksa kandungannya dan terkejut menemui mayat bayi berkenaan. Pihak masjid telah meneliti rakaman kamera litar tertutup dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Berdasarkan rakaman, tiada kelihatan individu yang mencurigakan membawa bungkusan hitam masuk ke tandas.  Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk proses bedah siasat. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *