Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
ZIMBABWE: Selepas dikejutkan dengan pembunuhan kejam singa Cecil awal bulan ini, seekor lagi singa bernama Jericho menemui nasib yang sama pada awal pagi Ahad.
Jericho, yang dipercayai adik kepada singa Cecil, dikhuatiri mati di Zimbabwe hari ini, lapor beberapa portal berita antarabangsa.
Menurut Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Jericho dilapor ditembak mati oleh seorang pemburu di Taman Negara Hwange.
"Dengan dukacita kami ingin memaklumkan bahawa Jericho, abang singa Cecil telah dibunuh pada pukul 4 petang hari ini. Kami benar-benar sedih dengan berita tersebut," kata Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe di Facebook rasmi ZCTF - Zimbabwe Conservation Task Force sejurus selepas berita kematian Jericho mula tersebar.
Skrin layar Facebook Zimbabwe Conservation Task Force
Memetik laporan portal ABC News, Pengerusi Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Johnny Rodrigues berkata, Jericho mati selepas ditembak oleh seorang pemburu pada pukul 4 petang, hanya setengah jam selepas pihak pengurusan mengeluarkan satu perintah larangan memburu binatang liar yang hidup di taman negara tersebut.
"Kami mengeluarkan perintah larangan pada kira-kira jam 3.30 petang dan selepas setengah jam kemudian, saya dimaklumkan Jericho terbunuh yang dipercayai satu aktiviti pemburuan," kata Rodrigues.
"Kematian Jericho telah disahkan oleh pekerja taman tetapi pemburu berkenaan tidak ditahan," kata Rodrigues.
Hashtag #Jericho kini membanjiri Twitter sebagai tanda simpati dan tidak puas hati dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
Namun, ada sesetengah laporan yang menafikan berita tersebut, malah menyatakan bahawa singa Jericho masih lagi hidup berikutan isyarat pergerakan GPS yang dipasang di badannya masih aktif.
Satu kenyataan Facebook dimuat naik oleh pusat pemuliharaan, Bhejane Trust yang mengatakan bahawa laporan kematian Jericho adalah palsu.
Penyelidik Unit Penyelidikan Pemuliharaan Hidupan Liar di Jabatan Oxford Zoologi, Oxford Universiti Dr. Andrew J. Loveridge yang membantu menjalankan projek penyelidikan di Hwange bagaimanapun menafikan berita kematian singa itu.
"Kami percaya laporan itu adalah tidak benar dan akan mengesahkan perkara tersebut esok selepas kami mengesan Jericho," kata Loveridge.
Singa Cecil dilaporkan dibunuh dengan kejam oleh seorang doktor gigi, Walter James Palmer pada awal Julai di Taman Negara Zimbabwe. Palmer kini masih diburu oleh pihak berkuasa antarabangsa.

No comments:
Post a Comment