Recent Post

Sunday, August 02, 2015

3 maut nahas di Jalan Baling-Kulim


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

BALING: Tiga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Baling-Kulim, berhampiran Tawar, di sini, malam tadi.

Nahas kira-kira jam 10.15 malam itu berlaku di kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan apabila kereta dinaiki empat individu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD).

Berdasarkan maklumat, semua empat mangsa di dalam kereta membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan berusia antara 20 dan 30 tahun, tersepit selepas bertembung, dengan tiga daripadanya maut dan seorang parah.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi, sebelum mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

"Tiga mangsa yang maut membabitkan seorang lelaki dan dua wanita kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat, manakala seorang lagi wanita yang parah dihantar untuk rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pemandu dan penumpang 4WD terbabit pula hanya mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *