Recent Post

Friday, February 12, 2016

U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Hero+ Terpantas, Terendah!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

U Mobile Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia akan melancarkan satu pelan baru yang dinamakan sebagai pascabayar Hero+ bermula 29 Januari 2016 ini. 

Pelan sempurna buat anda dan pasangan anda ini menawarkan anda dua talian dengan nilai hanya RM120. Apa yang menarik, pelan ini membolehkan anda berdua berkongsi 10GB data untuk kedua-dua talian serta membuat panggilan tanpa had kepada semua rangkaian telko. 

Untuk penggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) pula, bayaran sebanyak 3 sen dikenakan untuk penghantaran dari rangkaian U Mobile ke U Mobile, manakala 8 sen untuk U Mobile ke rangkaian telko lain. 

Pelan pascabayar Hero+ ini juga turut menawarkan perkongsian sehingga empat orang pengguna dengan nilai hanya RM55 seorang. 

Perkongsian data ditawarkan sebanyak 16GB oleh pengguna prinsipal dan tiga talian ahlinya. Panggilan tanpa had kepada semua rangkaian telko juga turut ditawarkan kepada keempat-empat pengguna. 

Pelan pascabayar Hero+ ternyata adalah perkongsian data internet terbesar di Malaysia serta menawarkan harga paling rendah. Tunggu apa lagi? Mula kongsi sekarang!  Daftar untuk pelan pascabayar HERO + di kedai U Mobile yang terdekat.

Dalam pada itu, untuk pengguna pra-bayar pula, U Mobile telah menampilkan pelan yang dikenali sebagai Prabayar Power.

Menerusi pelan paling power ini, dengan pek permulaan sebanyak RM8.50, pengguna berpeluang menikmati 3GB data percuma setiap bulan, beserta 2GB data asas setiap bulan, 1GB data kelajuan tinggi serta  kadar panggilan terendah iaitu sebanyak 5 sen/30 saat ke semua rangkaian telko. Maklumat lanjut: http://bit.ly/1XmF3f8




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *