Recent Post

Sunday, May 15, 2016

Najib rombak kabinet tak lama lagi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Datuk Seri Najib Razak sudah bersedia melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ekoran peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kata perdana menteri, Douglas kini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak bersama dua lagi tokoh negeri itu, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

"Sehubungan dengan itu juga, saya menerima peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.

"Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang dan banyak menyumbang kepada sektor komoditi dalam jawatan sebelum ini.

"Antaranya penubuhan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit yang telah membantu dalam memastikan kestabilan harga sawit dan membangunkan industri hiliran," kata Najib di blog beliau sebentar tadi.

Masih bersedih

Ekoran peletakan jawatan itu juga, perdana menteri berkata, penstrukturan semula kabinet dan pelantikan baru akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pelantikan baru itu juga dibuat ekoran kemalangan maut membabitkan Datuk Noriah Kasnon di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei dan BN kini memerintah negeri itu di bawah Tan Sri Adenan Satem.

Adenan semalam mengumumkan barisan kabinet negerinya yang dianggap Najib sebagai "saksama dan adil" serta "mewakili kepentingan semua pihak".

"Saya percaya mereka akan berkhidmat bersama-sama Tan Sri Adenan Satem dengan setulus hati dalam membawa Sarawak lebih maju dan berjaya," katanya.

Najib juga percaya kecemerlangan Douglas akan terus dibawa dalam jawatan barunya sebagai timbalan ketua menteri.

"Pada masa sama, kita masih lagi bersedih dengan tragedi yang menimpa rakan seperjuangan kita ketika bertugas di Sarawak.

"Kepada ahli-ahli Kabinet negeri Sarawak, selamat menjalankan tugas dan menunaikan janji Barisan Nasional," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *