Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Assalamualaikum, Salam 1Malaysia Hari Jumaat yang lepas, selepas aku balik kerja, ada seorang mamat ini call aku, nak pulangkan balik iPhone 4S adik perempuan aku yang dah hilang lebih kurang setahun lalu. Walaupun hilang setahun, condition iPhone masih tip top dan masih nampak baru lagi seperti mula-mula dibeli. Nak dijadikan cerita, mamat ini terbeli iPhone ini dari seorang pakcik dengan harga RM600. Namun disebabkan ada ID LOCK, dia cuma membeli dengan harga RM350 dan pergi ke kedai telefon untuk pecahkan code dengan harga RM60 sahaja. Namun, kakitangan kedai itu kata ada SOS Message di iPhone itu dan mamat tu terus call aku dan nak pulangkan balik. Mula-mula, aku malas dan rasa was-was nak pergi ambil balik iPhone itu sebab dia duduk di Taiping, Kemunting. Aku pula duduk di Kuala Lumpur dan aku pun tengah tak ada duit nak bayar balik RM300+ sebab gaji pun belum keluar lagi. The best part tentang mamat ini, dia berkeras nak pulangkan balik sebab dia terbaca SOS MESSAGE yang menyatakan 'ada banyak barang peribadi'
adik aku.
Kebetulan pula pada hari Sabtu itu aku ada jemputan majlis kahwin di Teluk Intan. Jadi aku beritahu dia kalau ada kesempatan esok, aku akan ke Taiping berjumpa dengan dia. Selepas selesai menghadiri majlis kahwin, aku terus memandu ke Taiping dengan keadaan yang duit tengah tak ada.
Niat hati, kalau dia nak minta balik RM300+, aku lepaskan saja iPhone itu dan delete segala data yang ada di dalam iPhone berkenaan. Aku sampai di Taiping dan berjumpa di stesen bas Kemunting (Nasi Kandar Ali). Aku berbincang dengan dia yang aku memang tak ada duit nak bayar balik RM300+ dan redha sahaja sebab aku pun serba salah kerana dia dah beli iPhone itu. Mamat ini pula tetap nak pulangkan balik sebab dia faham dan dia kata, "Takpa kalau you tak ada duit. I tetap nak pulangkan balik sebab nanti I tak tenteram guna baarang tak elok (barang orang) nanti anak isteri I guna jadi tak eloklah," katanya. Menurutnya, dia pernah kehilangan lori namun berjaya ditemui semula. "Tak apa, dulu I pernah kena macam ini. Sekarang tiba masanya pula I yang balas," katanya lagi. Mulianya hati mamat ni, sebak pula rasa di hati ini. Walau bagaimanapun, aku tetap hulurkan RM50 yang sepatutnya digunakan untuk membayar minyak + tol dari Taiping - Kuala Lumpur.
Namun, dia menolak pemberian itu. "Tak apa kalau you tak ada duit. I dah pulangkan kepada owner pun I dah rasa lega dan mungkin suatu hari nanti Tuhan akan balas kebaikan pada I," ujarnya. Tapi aku tetap hulurkan juga sebab aku cadang nak pinjam duit kawan aku (second driver). Waktu aku dah mula hidupkan enjin, nak balik ke Kuala Lumpur, aku singgah di 7-Eleven, beli air. Dia hubungi aku l;agi dan berkata dia tidak sedap hati, dia takut aku tak ada duit nak balik ke Kuala Lumpur dan nak pulangkan semula RM50 itu.
Aku bekeras menolak, "Tak apa, I ada duit lagi,". Tetapi dia tetap menegaskan dia mahu pulangkan semula duit itu. "Tak apa, you ambil balik duit ini. Balik Kuala Lumpur nanti, kalau you dah sampai dan ada duit, you bank in semula," jelasnya. Sebak lagi rasa di hati ini sebab nak difikirkan, setakat RM50 itu apa sangat nak dibandingkan dengan kemuliaan hati dan baik hati lelaki ini. Yelah, kalau diikutkan, baik dia pergi pecah code RM60 dan selepas itu gunakan iPhone itu seperti biasa. Tak perlu susah-susahkan diri nak pulangkan balik apa semua.
Dia langsung tiada rasa curiga pada aku. Yelah, aku ambil balik duit ini dan selepas sampai ke Kuala Lumpur, aku boleh block nombor dia semua. Jadi, aku dah untung di situ. Tapi, tak adalah aku nak buat seperti itu. Aku bank in balik duit dia. Jadi, aku betul-betul nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Encik Tamil Selvam. Aku tak tahu nak balas macam mana rasa bersyukur dan terima kasih kepada dia. Aku harap dia dan keluarga dia dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan gembira selalu. "Kalau you terbaca post ini, send my regard to all your family members and friends,".
Nama dia Tamil Selvam, umur 30 tetapi masih kelihatan muda mungkin kerana dia baik hati. Sudah bekeluarga, anak seorang dan isteri dia kini sedang hamil anak kedua. Dia bekerja sub-contract untuk cleaning service Econsave Kemunting, Taiping. Thanks Again to Mr. Tamil Selvam Thank to my co-driver,my kakak Oly rizale sebab temankan drive the whole day.
Sumber: THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment