Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bingung mengapa ahlinya, aktivis Khalid Mohd Ismath, telah dinafikan ikat jamin.
Khalid menghadapi 14 tuduhan - 11 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan - berhubung tulisan di Internet yang didakwa menghina kerabat diraja Johor
Bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan menegaskan bagaimana kartunis Zulkiflee Anwar Haque, yang lebih dikenali sebagai Zunar, menghadapi sembilan tuduhan hasutan tetapi masih dibenarkan ikat jamin.
"(Juga), peserta protes semasa krisis perlembagaan Perak yang secara fizikalnya menghentikan kereta sultan, tetapi mereka juga dibenarkan ikat jamin," kata Arutchelvan (foto) kepada Malaysiakini malam tadi.
Tulisan Khalid itu dibuat pada halaman 'Solidariti Untuk Peguam Kamal Hisham Jaafar' di Facebook.
Peguam Khalid, Dinesh Muthal berkata aktivis itu tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan beliau dapat melarikan diri dari negara ini.
Arutchelvan menegaskan bahawa Khalid dalam tulisannya, tidak pernah, pada bila-bila masa, menyebut sultan.
Khalid berulang kali menyebut 'berhala' dalam tulisannya, tetapi tidak jelas siapa yang dimaksudkannya.
Ekoran tulisan di Facebook itu, Khalid didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia di mana beliau boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sebelum Khalid, blogger Ali Abd Jalil, 29, juga dituduh mengkritik kerabat diraja Johor, dan dia kemudiannya melarikan diri ke Sweden. Baca berita penuh
No comments:
Post a Comment