Recent Post

Tuesday, October 20, 2015

'Sudah Nasib Terpaksa Belajar & Tinggal Di Bangunan Sekolah Terbengkalai'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

LAWAS - Harapan untuk mendapatkan sebuah bangunan sekolah baru dan moden untuk anak Kampung Long Sukang, tidak kesampaian apabila kontraktor yang bertanggungjawab melarikan diri. Bangunan 3 tingkat yang dibina untuk Sekolah Kebangsaan Long Sukang itu kini ditumbuhi lalang dan lumut yang semakin menjalar pada koridor separuh siap serta najis anjing mengotorkan ruang bilik darjahnya, lapor The Malaysian Insider.  Di asrama, jumlah katil yang tidak mencukupi memaksa sebilangan murid terpaksa tidur di lantai beralaskan tilam nipis. Projek gajah putih ini adalah salah satu contoh di mana Kerajaan Pusat mengabaikan pembangunan di kawasan pendalaman Sarawak.  Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Sukang, Yaris Semayong berkata, bangunan tiga tingkat itu hanya siap 70% sahaja ketika kontraktor meninggalkan projek itu pada 2010.  Guru dan murid berpindah ke sekolah itu sejak tiga tahun yang lalu, dari bangunan sekolah lama yang diperbuat daripada papan. Sejak dari itu, mereka terpaksa belajar dalam persekitaran bangunan yang separuh siap.  Salah satu bangunan asrama ditukar menjadi bilik darjah dan dilengkapi dengan meja, kerusi dan alat tulis. Satu lagi bangunan asrama digunakan sebagai tempat penginapan 120 murid.  "Kami dah menunggu begitu lama untuk berpindah ke sekolah baru tetapi projek masih belum siap 100%. Kami nak sangat berpindah, jadi kami terpaksa membuat penyesuaian di mana yang patut. "Sekolah ini tidak ada duit, walaupun hanya untuk membeli tikar plastik bagi mengalas lantai konkrit. Pihak PIBG terpaksa berganding bahu membelinya," katanya.  Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tan Sri Dr Madinah Mohamad menjelaskan, sekolah ini dibina dalam satu pakej dengan projek lain dan mengakui ia lewat siap dari jadual asal kerana masalah dalaman kontraktor, usaha sama di antara NCSB Engineering Sdn Bhd dan Sebiro Holdings Sdn Bhd. "Pembinaan terpaksa dihentikan selepas pihak berkuasa mengesan pergerakan tanah dan aliran air semula jadi pada cerun di belakang blok pentadbiran dan bilik darjah. Oleh kerana faktor keselamatan, arahan berhenti kerja dikeluarkan. Tetapi pembinaan pada blok lain yang tidak terjejas diteruskan," katanya.  Beliau berkata, kementerian itu sedang memuktamadkan rancangan untuk menstabilkan dan memperbaiki cerun itu. Selepas semua selesai, pembinaan akan disambung semula. Murid tinggal di asrama juga akan turut dibantu termasuk memastikan kakitangan yang mencukupi untuk memantau pergerakan murid pada waktu malam memandangna kanak-kanak leki dan perempuan ditempatkan di bangunan yang sama.  Kementerian juga telah memulakan proses membeli perabot dan katil untuk murid, selain dari tikar linoleum untuk murid meletakkan tilam dan barangan peribadi mereka.  Semayong pula menjelaskan, memang pihak PIBG dimaklumkan mengenai sebab kelewatan dan kerja dihentikan, tetapi mereka pernah mempersoalkan sejak awal mengapa kontraktor dibenarkan membina blok pentadbiran di atas kawasan yang sebelumnya sungai. "Mereka bina blok pentadbiran itu di atas kawasan yang sebelumnya sungai. Mereka mengalihkan aliran asal sungai itu bagi membolehkan ia mengalir di sekitar bangunan baru.  "Tetapi tanah yang mereka bina bangunan di atasnya itu masih mempunyai takungan air. Persoalannya, mengapa bina bangunan di atas sungai?" soalnya. - THEHYPEMEDIA.COM (Sumber asal THE MALAYSIAN SI




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *