Recent Post

Thursday, October 22, 2015

Amir Ukays Ditahan Miliki Senjata Api


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Seorang vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular pada sekitar tahun 90'an ditahan polis awal pagi tadi kerana memiliki senjata api, lapor Harian Metro

Berdasarkan salinan laporan kes yang tersebar, vokalis yang dimaksudkan itu adalah Amir atau Mohd Azmir bin Muhammad Yusuf, dari kumpulan Ukays.

Amir, 46, ditahan di Kampung Chubadak, Sentul, selepas Unit Cawangan Pencegahan Jenayah menemui kereta Proton Gen 2 yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan.

Amir ditahan pada jam 1.45 pagi dan pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol Walther CP99 yang ditemui di atas tempat duduk pemandu sebelum mengaku memiliki pistol berkenaan.

Amir juga mempunyai satu rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah pada 2004 yang kini ditahan untuk siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *