Recent Post

Thursday, October 22, 2015

'Doktor didakwa cabul pesakit sedang disiasat'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Doktor yang didakwa mencabul seorang wanita di sebuah klinik kerajaan di Selangor kini sedang disiasat.

Sumber yang tidak mahu namanya disebut memberitahu Malaysiakini pihak klinik sedang menjalankan siasatan dan perkara itu tidak boleh didedahkan.

"Kes ini sedang disiasat, tidak boleh dedahkan," katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak pula mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Kelmarin, seorang wanita yang dikenali sebagai "Miss T" mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

Dakwanya lagi, doktor berkenaan mengarahkan beliau membuka baju termasuk coli namun beliau enggan berbuat demikian.

Ekoran itu doktor berkenaan didakwa memasukkan tangan kedalam coli wanita itu dan menyentuh kedua-dua belah dadanya.

Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *