Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Insiden yang melibatkan angin kuat berkelajuan 48kmj itu membabitkan berpuluh-puluh kereta, lori minyak, dan juga lori biasa.
70 orang dilaporkan cedera di dalam kejadian tersebut.
Laporan dari PennLive.com melaporkan saksi berkata persekitaran tiba-tiba menjadi putih sebelum kejadian.
"Semuanya tiba-tiba jadi putih", kata Raul Jardine sambil menambah apa yang di boleh lihat cuma lampu brek kereta dihadapannya, jadi dia memperlahankan kenderaan sebelum dilanggar dari belakang.
"Kami sempat berhenti tetapi beberapa kereta tergelincir dan melanggar bahu jalan", katanya.
Seorang lagi saksi, Ashley Fisher pula memberitahu biarpun salji (ribut) baru sahaja bermula, keadaan serta merta jadi puth.
"Salji baru sahaja bermula dan persekitaran tiba-tiba jadi putih. Kereta di depan ka mi tiba-tiba hilang", katanya kepada Tribune News.
Kejadian itu terjadi selepas amaran ribut salji dikeluarkan untuk Philadelphia. - Siakapkeli.my
Sumber : dailymail.co.uk
No comments:
Post a Comment