Recent Post

Friday, January 22, 2016

Target Saya Untuk Mat Moto Hanya RM5 Juta, Kata Pekin Ibrahim


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Belum pun sampai seminggu Mat Moto ditayangkan di pawagam, filem pertama arahan Pekin Ibrahim bersama Syafiq Yusof itu telah pun berjaya membuat kutipan sebanyak RM4.5 juta. 

Satu kejayaan yang boleh dianggap luar biasa bagi seorang pengarah filem baru sepertinya, namun pada masa yang sama percaturannya mengetengahkan kisah perjalanan mat motor dalam dunia dan sukan permotoran ternyata cukup menjadi. 

Lebih-lebih lagi apabila dia cuba mengangkat isu-isu relevan mengenai mat moto yang sering disalah tafsir segelintir masyarakat, lebih-lebih lagi apabila menyamakan mereka dengan golongan mat rempit. 

"Saya sendiri tidak sangka filem ini akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat. Namun, apa yang saya boleh katakan, ramai sebenarnya masyarakat yang menyokong filem ini terutama golongan mat moto sendiri. 

"Mereka ini juga yang banyak membantu memviralkan filem saya dan segelintir di antara mereka juga ada yang terlibat di dalam pembikinan Mat Moto ini," katanya kepada Murai.com.my. 

Ditanya kenapa dia hanya mensasarkan RM5 juta sahaja sedangkan  Mat Moto masih punya jangka hayat selama seminggu lebih di pawagam, Pekin berkata, dia tidak mahu terlalu over-confident untuk meletakkan sasaran yang begitu tinggi. 

"Bagi saya RM5 juta sudah memadai," katanya secara merendah diri. 

Namun, di kalangan rakan-rakan rapatnya, kebanyakan mereka pasti bahawa filem ini mampu mencecah kutipan RM8 juta atau lebih selepas tempoh 2 minggu tayangan. Adakah jangkaan mereka itu benar belaka? Kita tunggu dan lihat...!  

Apapun, Mat Motor diterbitkan di bawah syarikat produksi Pekin Ibrahim sendiri iaitu Viper Studio Sdn Bhd ini turut mendapat kerjasama daripada Skop Production dan Syafiq pula bertindak sebagai pengarah apabila wujudnya babak yang memerlukannya untuk berlakon. 

Filem yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini dijayakan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Zul Huzaimy,  Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.

Artikel ini disiarkan pada 22 Januari 2016 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *