Recent Post

Sunday, January 03, 2016

'Zulkifli Belum Diputuskan Bersalah Tetapi Mengapa Netizen Caci Maki PDRM?'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Saya ingin menjawab segala makian/cacian orang ramai mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini yang disiarkan dalam kebanyakan media sosial dengan headline 'Kita tidak boleh bunuh perompak'.  Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum mengherdik pasukan polis sesuka hati.  1. Kenyataan Media KPN: Sebenarnya kebanyakan media telah memutar belit kenyataan media KPN yang berlangsung semalam sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di Bukit Aman.  Oleh kerana terlalu ghairah mengejar populariti, kebanyakan pengguna media sosial terlalu mudah menggunakan headline "KPN: Jangan Bunuh Perompak". Sedangkan ia berlawanan dengan apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar.  KPN semalam juga ada menyatakan, "Memang ada peruntukan di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan untuk tindakan mempertahankan diri, cumanya ada had tertentu,".  Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui tajuk sahaja. Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah terus kepada membunuh kerana kita tidak boleh membunuh sewenang-wenangnya.  2. Homicide bermaksud bunuh. Bunuh pula boleh dikategorikan kepada dua criminal homicide dan justifiable / excuseable homicide.  Saya mulakan dengan Excuseable Homicide yang bermaksud bunuh yang dibenarkan mengikut keadaan dan tidak dikira jenayah. Hal ini termasuklah Killing in Self-Defense (mempertahankan diri), Involuntary Manslaughter (kematian yang tidak disengajakan asalkan bukan atas sebab Negligence iaitu Cuai), Euthanasia (bunuh diri terancang melalui kaedah perubatan dan hanya negara barat mengalamkannya) dan lain-lain termasuk hukuman mati kepada pesalah. Bagi Unlawful Criminal Homicide, antaranya murder (bunuh) yang merangkumi dua first degree murder dan second degree murder (bergantung dengan negara). Dalam situasi ini, bunuh kategori ini adalah jenayah melibatkan bunuh dengan niat atau tanpa niat. Seperti mana yang terkandung dalam Seksyen 302 dan 304 Kanun Keseksaan. Baiklah, bagi seseorang yang dianggap membunuh atas sebab mempertahankan diri mestilah sesuatu yang munasabah dan mengatasi keraguan. Seseorang terlebih dahulu menerima ancaman serangan fizikal sebelum dikira mempertahankan diri. Kalau tiada bukti kukuh, keluarga si mati akan mengemukakan untuk related wrongful death claims, di mana keluarga si mati mendakwa bahawa pembunuhan si mati adalah jenayah dan bukannya mempertahankan diri. Contoh: seseorang mendakwa A membunuh B dan keluarga B mendakwa A menjadikan pembunuhan B seolah-olah suatu insiden rompakan. Untuk itu, mahkamah terpaksa melihat kes ini sebagai bunuh jenayah dan keluarga si mati berhak untuk menuntut apa jua bukti bagi mengaitkan yang pembunuhan ini dengan tindakan mempertahankan diri. Kalau tidak, semua orang akan bebas membunuh dan mendakwa tindakan membunuh itu tadi adalah tindakan mempertahankan diri. 3. Kes PP vs Zulkifli, 2015. Kes ini belum pun diputuskan dan baru sahaja mula dibicarakan. Tetapi yang menghairankan ialah mengapa terlalu ramai yang mengatakan Zulkifli dihukum gantung kerana mempertahankan diri? Bahkan pihak Peguam Negara dan Pendaftar Kehakiman belum pun menghabiskan laporan. Entah dari mana terlalu banyak andaian yang Zulkifli akan ke tali gantung.  Membawa Zulkifli ke dalam perbicaraan adalah satu prosedur biasa. Hal ini juga untuk kebaikan beliau agar jelas beliau membunuh untuk mempertahankan diri dan bukannya membunuh jenayah yang mungkin bakal orang pertikaikan. Dan keluarga si mati berpuas hati jika mendapati bahawa Zulkifli memang mempertahankan diri dan sesuatu bukan yang silap. Dan Zulkifli tidak akan dibicarakan semula untuk dakwaan yang sama bila beliau telah disahkan bertindak sedemikian untuk mempertahankan diri. InshaAllah pihak polis sentiasa bersama menegakkan kebenaran dan Allah juga sentiasa bersama yang benar. Kesimpulannya, sebelum menghakimi sesuatu, pastikan maklumat yang diterima sahih dan berkualiti. Jangan terlalu mudah mengelabah untuk sesuatu yang anda tidak tahu. Paling penting, jangan baca tajuk sahaja. Bacalah sampai habis sebab tajuk media adakalanya tidak selari dengan isi yang ditulis. Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah mengapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.  Penat-penat abang wartawan tulis, tajuk berita juga cukup buat pembaca ini.  Undang-undang di Malaysia, juga sama dengan kebanyakan Negara Komanwel yang anda kagum dan agung-agungkan. Semuanya ada prosedur dan anda perlu faham Hakim yang dilantik bukanlah budak tadika yang menjatuhkan hukuman mengikut nafsu sepertimana kebanyakan netizen yang mudah membuat justifikasi hanya dengan membaca tajuk. Pelik tetapi itulah hakikatnya.  Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan justifikasi orang ramai mengenai sistem kehakiman, perundangan dan juga PDRM yang puas dicemuh oleh tuan-tuan yang terlalu mengikut nafsu dalam menyebarkan berita tanpa memahaminya terlebih dahulu. - Syahrizzal Arfandy Bin Adam Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *