Recent Post

Saturday, February 27, 2016

Buku Najib Razak Kembara Politik - 40 Tahun dilancar - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Buku Najib Razak Kembara Politik - 40 Tahun dilancar

26/02/2016 8:47pm

Oleh AMEEN AZIZUL AZIZ

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan buku terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 'Najib Razak Kembara Politik - 40 Tahun' dalam usaha memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk lebih mengenali Perdana Menteri ke-6 negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis pelancaran buku tersebut disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri berkenaan sambil ditemani Menteri KKMM, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Menurut penulis buku tersebut, Datuk Md. Afendi Hamdan, buku itu merangkumi sejarah Najib ketika mula melibatkan diri dalam kancah politik sejak tahun 1976 sehinggalah beliau berjaya memahat nama sebagai seorang ahli politik yang disegani.

Jelasnya, buku itu diterbitkan atas cetusan idea Menteri KKMM sendiri, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak selepas perhimpunan agung UMNO lalu.

"Selepas tercetusnya idea berkenaan, wujud satu inisiatif untuk merealisasikannya. Lebih bertuah apabila Perdana Menteri sendiri yang berkenan untuk berkongsikan koleksi gambar-gambar peribadinya yang belum pernah ditatap umum untuk disusunkan di ke dalam buku tersebut.

"Kami juga bertandang hingga ke Pekan, Pahang untuk mendapatkan lebih bahan mengenai Najib yang mungkin disimpan oleh penduduk di sana," katanya selepas majlis pelancaran buku tersebut yang diadakan di Ruang Legar Menara Datuk Onn, PWTC, di sini petang tadi.

Md. Afendi yang juga merangkap Editor buku setebal 100 muka surat itu menambah, pada mulanya buku itu dirancang untuk diterbitkan hanya dalam versi bahasa Inggeris sahaja. Namun kemudiannya menukar rancangan tersebut lalu menghasilkan buku berkenaan dalam dua bahasa termasuklah versi bahasa Melayu.

Katanya, Pengurus Besar Bernama, Datuk Seri Azman Ujang banyak membantu dalam menterjemahkan buku itu daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu yang hanya memakan masa seminggu.

"Buat masa sekarang, buku versi bahasa Inggeris akan diedarkan secara percuma dan boleh didapati bangunan Bernama manakala untuk versi bahasa Melayu pula boleh ditempah terlebih dahulu dengan harga sekitar RM80 sebuah," jelasnya. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *