Recent Post

Wednesday, February 10, 2016

PDRM cadang naikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PDRM cadang naikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas

10/02/2016 12:48pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar (empat kiri) menerima replika kunci Perodua Axia dari Pengarah Urusan Perodua Sales Berhad, Dr.Zahari Husin (tengah) sebagai gimik pelancaran ketika majlis penyerahan Perodua Axia kepada Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menaikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas berikutan jumlah kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, cadangan itu dilakukan susulan sikap pengguna jalan raya yang tidak peduli dengan kadar kompaun sedia ada.

Menurutnya, meskipun Op Selamat 8 telah memasuki hari ke-10 namun, tiada sebarang perubahan dalam pengurangan kadar kemalangan.

"Walaupun pelbagai operasi dilakukan untuk menangani kadar kemalangan namun, ia tidak menunjukkan sebarang kesan.

"Kita akan cadangkan perkara ini kepada pihak kerajaan bagi membolehkan ia dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia di Lobi Menara 1 Bukit Aman sebentar tadi. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *