Recent Post

Wednesday, February 10, 2016

Penduduk London Berang Jackie Chan Letupkan Bas Di Sana


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon terkenal, Jackie Chan telah meletupkan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari banggunan Parlimen Britain.

Memetik laporan Mirror.Uk,kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu bagaimanapun hanyalah untuk satu babak filem terbaru Jackie Chan bertajuk The Foreigner.

Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu sebagai kurang sensitif memandangkan sebelum ini sejarah telah mencatatkan 13 orang telah terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.

Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.

Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu telah membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.

"Saya mahu tahu siapa yang luluskan permohonan ini," luah majoriti penduduk London di media sosial.

Pen erbit filem itu dilaporkan hanya menyebarkan notis makluman melalui Twitter yang menyatakan babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem tersebut.

Sumber Mirror.Uk

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 10 Februari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *