Recent Post

Sunday, February 28, 2016

PERTIS minta tidak dipinggirkan masyarakat - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PERTIS minta tidak dipinggirkan masyarakat

27/02/2016 9:45pm

BESUT - Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu (PERTIS) meminta supaya mereka tidak dipinggirkan daripada sebarang akitiviti kemasyarakatan.

Pengerusinya, Mohd. Fauzi Mansor berkata, orang cacat penglihatan juga berupaya melakukan aktiviti orang normal, malah sesetengahnya mempunyai kebolehan luar biasa.

"Kami mahu masyarakat bercampur gaul dengan kami untuk memajukan diri kami," katanya ketika ditemui media pada pertandingan Juara Joran anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) Kampus Tembila di sini hari ini.

Seramai 70 peserta terdiri daripada pesyarah, pelajar dan anggota PERTIS menyertai pertanding itu yang pertama kali dianjurkan Majlis Pelajar UniSZa Kampus Tembila.

Mohd. Fauzi berkata, pertandingan memancing bukanlah sesuatu yang asing buat anggota PERTIS kerana mereka diberi latihan khusus mengenai memancing.

"Malah, PERTIS pernah menganjur pertandingan memancing di Kolam Pancing Kuala Terengganu dengan penyertaan daripada orang cacat pendengaran, cacat penglihatan dan cacat anggota dan mendapat sambutan memberangsangkan.

"Kami juga melaksanakan pelbagai kegiatan lain seperti kelab silat, program berbasikal dan yang terbaharu kelab futsal," katanya. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *