Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Mangsa, Juliana Christie James, 29, dikatakan hendak membuka mangga pintu pagar itu dari luar rumah sebelum dia tergelincir lalu lengannya tertusuk besi sedalam kira-kira enam sentimeter.
Kejadian terbabit berlaku pada pukul 12.15 tengahhari tadi.
Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian apabila pihak mereka menerima panggilanpada pukul 12.34 tengahhari.
"Setibanya di lokasi, kami mendapati wanita berkenaan sedang menahan kesakitan akibat tertusuk besi pintu pagar berkenaan.
"Bomba terpaksa menggunakan alat pemotong khas untuk memotong besi berkenaan bagi membantu mangsa," katanya sebagaimana lapor Kosmo!
No comments:
Post a Comment