Recent Post

Saturday, March 05, 2016

Asyraf: Membaca al-Quran dalam bahasa Arab satu tuntutan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata membaca Al Quran dalam bahasa Arab adalah satu tuntutan yang telah disyariatkan Allah dan mendapat pahala keberkatan.

"Baca Al Quran, baca dengan bahasa Arab yang asli, bukan (yang ditulis) dalam bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 1437H/2016M di ibunegara malam tadi.

Beliau berkata kempen sesetengah pihak mengenai baca Al Quran adalah bagus, tetapi membaca ayat suci itu yang ditulis dalam bahasa lain selain bahasa Arab adalah tidak menepati syariat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kempen "Let's Read The Quran" bagi menulis dan membaca al-Quran yang ditulis dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Semalam Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) Tan Sri Harussani Zakaria berkata penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *