Recent Post

Saturday, March 05, 2016

Reaksi pimpinan UMNO...satu drama menarik - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 05 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Hari ini Rakyat Msia telah menyaksikan SATU DRAMA YG PALING MENARIK DALAM SEJARAH POLITIK NEGARA.

Ramai para wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan komen.Secara jujur saya katakan saya tiada apa nak komen dan ELOK KITA SERAHKAN KEPADA SEMUA RAKYAT UTK MEMBUAT TAFSIRAN DAN KOMEN MASING MASING.Tidak sukar utk mereka mentafsir sendiri KERANA WATAK WATAK YG TERLIBAT adalah watak YANG SUDAH RAKYAT KENALI.

Kita ucapkan TAHNIAH KEPADA DAP,PKR,PAN DAN BERSIH kerana akhirnya menerima pimpinan mantan presiden UMNO,yg sebelum ini berpuluh tahun kami dlm UMNO berjuang supaya anda menerima pimpinannya.Itu satu takdir dan bagi sesetengah orang satu karma berlaku dlm sejarah politik Msia.

Mungkin PAKATAN HARAPAN PATUT MULA MEMIKIRKAN PULA usaha bersama TM membebaskan DSAI yg dulunya di pecat dan di dakwa susulan arahan TM.

Bagi UMNO kita akan terus BERISTIQAMAH dengan proses demokrasi yg kita pertahankan selama ini.UMNO tidak mampu berdrama kerana MANDAT RAKYAT ADALAH UTK KITA BERKHIDMAT MEMBELA NASIB RAKYAT yang secara real memerlukan kita mengerah segala kekuatan dan keupayaan MENGURUS NEGARA DLM SITUASI DUNIA MEDIA BARU YG TIDAK MENENTU,PENUH FITNAH,HASUTAN DAN TIPU MUSLIHAT.KITA BERTANGGUNGJAWAB MEMAJUKAN EKONOMI,MEMUPUK PERPADUAN KAUM,MENJAMIN KEAMANAN SERTA KEADILAN,disamping mempertahankan kedaulatan undang2 dan keluhuran perlembagaan.DALAM KATA LAIN MEMIKUL AMANAH DAN MANDAT RAKYAT.Tiada ruang untuk UMNO berlakon dan bertindak menyanggah apa yg kita sendiri pertahankan selama ini.

Beberapa legasi ,dasar,peraturan,convention,"didikan"peninggalan TM dlm menguruskan parti dan negara akan terus kita pertahankan walau TM sendiri MUDAH LUPA mengenainya..lagi pun hari ini terbukti MANTAN PM DAN PRESIDEN UMNO itu tidaklah seburuk yg cuba di gambarkan pihak pembangkang selama ini.

Kepada Ahli UMNO marilah kita rapatkan saf dan beristiqamah bahawa pemimpin datang dan pergi,tetapi PERJUANGAN kita tetap Perkasa BERKAT KITA "BERSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT "..insyaallah

Tan Sri Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Ramai yang terkejut dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin UMNO yang sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang hari ini semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini seharusnya sedar bahawa tindakan sebegini bukan sahaja memberi kesan kepada Perdana Menteri, tetapi juga kepada parti, kerajaan dan negara.

Di saat kita di saf kepimpinan sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Tun Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri.

Kestabilan yang selama ini menjadi tonggak kekuatan kita cuba dihakis semata-mata untuk menjayakan agenda politik penuh kebencian.

Saya tidak faham bagaimana Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, PAS, DAP, AMANAH serta NGO-NGO lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.

Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang inilah suatu ketika dahulu yang menggelarkan Tun Mahathir sebagai 'Firaun'.

Sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO ini seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah ketika ini. Mereka harus menghormati sistem demokrasi yang kita junjung. Tindakan mereka hari ini jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip perjuangan yang mereka pegang selama ini.

Saya harap ahli-ahli UMNO faham bahawa Tun Mahathir sudah keluar dari UMNO dan kini mula bergabung dengan pembangkang, justeru tindak-tanduknya sudah pasti tidak lagi mengambil kira kepentingan UMNO.

Malah, tindakan Tun Mahathir hari ini, tidak langsung mencerminkan sifat-sifat seorang negarawan yang menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan mementingkan kesejahteraan rakyat.

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Naib Presiden UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed yang telah bersekongkol dengan parti-part pembangkang melalui satu kenyataan bersama.

Walaupun perbezaan pendapat satu perkara yang biasa dalam politik, tindakan untuk berkongsi pentas dengan pihak lawan sehingga mengenepikan segala pendirian sebelum ini amat mengecewakan dan menandakan politik 'matlamat menghalalkan cara' yang wajar ditolak. Mereka yang berkongsi pentas dengan Tun Dr Mahathir ini jugalah yang beliau telah menentang selama kerjayanya yang cukup lama.

Kami akan terus memberi sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, untuk memimpin parti dan kerajaan. Kami yakin program transformasi Dato' Sri Najib akan berjaya mengekalkan kestabilan politik, menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tun Dr Mahathir dan rakan-rakannya sedia maklum, penentuan bagi siapa yang akan menerajui kerajaan tidak boleh dibuat pada satu sidang media mahupun melalui kempen menandatangani memorandum. Dalam sistem demokrasi, penentuan itu hanya boleh dibuat pada pilihanraya melalui mandat pengundi. Jika mereka tidak puas hati, kami cadangkan mereka bergabung dalam satu perikatan politik rasmi dan berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihanraya umum kelak.

UMNO dan Barisan Nasional akan terus berkhidmat demi rakyat dalam menjayakan program transformasi Dato' Sri Najib dan agenda nasional Rancangan Malaysia ke-11. Kami tiada masa untuk berpolitik kerana yang lebih utama adalah usaha yang dijalankan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato' Sri Najib untuk menjaga kebajikan rakyat.

Khairy Jamaluddin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Saya rujuk kepada Deklarasi Rakyat Tun Mahathir di mana Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan beberapa pihak yang lain yang sekian lama menjadi musuh ketat mereka antaranya Lim Kit Siang daripada DAP, Dato' Seri Azmin Ali daripada PKR serta beberapa ahli pembangkang berkumpul petang tadi dalam cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dengan penuh rasa kecewa dan kesal mengecam tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan yang lain sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan utama Negara hanya kerana dendam kesumat dan kepentingan peribadi.

Deklarasi ini membuktikan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin telah mencabul semua prinsip yang dipegang dan diperjuangkan semasa menjadi pemimpin di dalam UMNO.

Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang bersidang pada malam ini bagi mewakili ahli Pergerakan Wanita UMNO seluruh Malaysia mengambil ketetapan sebulat suara memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO Malaysia yang dipilih secara demokrasi untuk terus mentadbir dan memimpin Negara serta UMNO.

Wanita UMNO meminta Dato' Sri Najib untuk terus memberi perhatian beliau kepada agenda pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat.

Biarlah rakyat Malaysia menentukan siapa yang akan dipilih meneraju Negara sekali lagi pada PRU-14 yang akan datang dan bukan segelintir bekas pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat Deklarasi Rakyat yang berlangsung petang tadi merupakan tindakan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Lim Kit Siang yang bersifat terdesak serta mementingkan diri tanpa melihat kesan yang mendalam terhadap pentadbiran negara.

Jujur, kami terkesan dengan tindakan ini. Tindakan bekas pemimpin tertinggi UMNO yang pada kami seumpama membakar lagi api perselisihan yang kini tidak surut dalam kalangan ahli UMNO. Lebih mengecewakan, apabila tindakan ini dijalankan bersama sama dengan pimpinan parti pembangkang yang kita sedia tahu tujuan mereka cumalah satu, meranapkan kepimpinan sedia ada agar mereka dapat berkuasa.

Janggal tatkala melihat yang dahulunya disanjung, yang seharusnya memberi pengajaran terbaik kepada orang muda dalam parti, mengambil langkah drastik bersama musuh musuh politik. Dan terlalu asing buat kami melihat mereka yang dulunya menentang, kini menjulang. Kita perlukan perubahan, yang pasti memerlukan pengorbanan, tapi bukan prinsip yang digadaikan. Buat ahli UMNO, bersatulah. Ini masa kita memperlihatkan semangat juang.

Sebagai sayap yang paling bongsu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dibantu teguh oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, selaras dgn prinsip kesetiaan dan ketaatan sebuah sayap kepada organisasi induk dengan mengenepikan kepentingan individu dan kumpulan serpihan.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang mewakili suara orang muda ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan gangguan demi gangguan terhadap pentadbiran YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi, walhal sepatutnya tumpuan diberikan terhadap pemulihan sosioekonomi rakyat di saat kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia.

Kami melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini bakal merugikan negara dan rakyat tanpa pemenang sebenar bak kata pepatah "Menang jadi arang kalah jadi abu". Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sangat yakin dan percaya kepada proses demokrasi yang tidak pernah tertangguh di negara kita dan apabila sampai masa ketikanya, mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih.

Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

SAYA berasa amat kesal dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang ketika ini masih lagi pemimpin UMNO peringkat bahagian serta Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Presiden UMNO kerana bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, parti yang menguasai majoriti kerusi Parlimen boleh membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dalam kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

Adalah jelas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan.

Oleh itu, tindakan secara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan amalan demokrasi.

Ironinya, kumpulan ini mahu menyingkirkan Perdana Menteri kononnya `berdasarkan prinsip demokrasi' tetapi sebenarnya kumpulan inilah yang tidak menghormati prinsip demokrasi yang berlandaskan mandat rakyat.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dan Tun Mahathir dilihat berdasarkan dendam dan bukannya untuk kepentingan parti dan rakyat.

Justeru, saya berharap semua ahli UMNO bersatu untuk menentang sebarang tindakan kumpulan gabungan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz, DAP, PKR, PAN dan Bersih yang jelas selama ini musuh utama UMNO.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka kini bergabung untuk menggulingkan Datuk Seri Najib secara tidak demokratik.

Deklarasi rakyat yang tulen adalah keputusan pilihan raya dengan rakyat menyuarakan pandangan dan kehendak mereka melalui undi.

Sebaliknya `gerakan deklarasi rakyat yang kononnya mahu selamatkan Malaysia' tidak mencerminkan kehendak rakyat.

Tunggulah deklarasi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Itulah suara sebenar rakyat dan bukannya melalui kumpulan yang disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyyidin dan Datuk Seri Mukhriz hari ini.

Dengan menggunakan nama rakyat apabila mereka menandatangani `deklarasi rakyat' tidak akan diterima sedangkan deklarasi rakyat yang sebenar adalah suara rakyat sewaktu pilihan raya.

Ini kerana rakyat telah membuat keputusan memilih Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan dan BN seterusnya memilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Kumpulan sekitar 50 orang hari ini jelas tidak layak sama sekali mengisytiharkan mereka sebagai mewakili rakyat dan menandatangani `deklarasi rakyat'.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Apapun suasana dan kemelut politik yang melanda Parti dan Negara sekarang ini, UMNO Pahang tetap memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakang Presiden Parti, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Sejarah dunia dan negara membuktikan bahawa krisis, perselisihan, pertelingkahan, kemelut, kegawatan dan darurat adalah perkara biasa yang dialami oleh sesebuah negara. Apa yang penting ialah langkah-langkah pro-aktif dan munasabah wajib diambil untuk mengurus dan mengatasi masalah yang timbul. Ini semestinya memerlukan sokongan padu dari rakyat khususnya ahli Parti semua peringkat

Sebagai Presiden dan Perdana Menteri, DS Najib sedang memberikan perhatian serius menguruskan ekonomi negara yang tidak menentu disebabkan suasana ekonomi global yang juga tidak menentu. Langkah seterusnya ialah untuk menangani kenaikan kos hidup yang membebankan kehidupan rakyat. Semua Ahli sewajibnya menyokong penuh Presiden Parti dan Perdana Menteri supaya setiap langkah yang diambil mencapai matlamat.

UMNO Pahang berasa sedih, dukacita, marah dan mengecam keras tindakan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO dan lain-lain pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan Pembangkang dalam cubaan menjatuhkan Perdana Menteri. Mereka lupa bahawa menjatuhkan Perdana Menteri bermakna menjatuhkan juga UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dan inilah juga matlamat Pembangkang. Ini sesuatu yang sangat tidak wajar dan merupakan sabotaj besar kepada Parti, Kerajaan dan Negara.

UMNO Pahang berpendapat bahawa dalam perjuangan, apapun tindakan hendaklah berpaksikan prinsip, nilai, maruah dan harga diri dan bukan berpaksikan nafsu dan emosi.

Perubatan dan tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhiyuddin, Dato' Sri Shafie Afdal dan Dato' Sri Mukhriz berpakat dan bersekongkol dengan Pembangkang atas apa juga tujuan adalah dikecam oleh ahli-ahli UMNO di Pahang. Ini merupakan satu tindakan mensabotaj UMNO, BN dan kepercayaan majoriti rakyat.

UMNO Pahang sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan perbezaan pendapat dan perbahasan yang teratur dan beradab kerana ianya memberi peluang kepada wujudnya prinsip dan dasar perjuangan yang lebih teratur dan mantap.

Ada saluran demokratik menukar Perdana Menteri dan Kerajaan, yakni menerusi Pilihanraya. Menukar Perdana Menteri dan Kerajaan menerusi tekanan umum dan demonstrasi cuma berlaku di negara pemerintahan kuku besi yang dibayar melalui pertumpahan darah rakyat. Jangan pula cara ini cuba di bawa ke negara kita, Malaysia tercinta.

UMNO Pahang mendesak Presiden Parti dan Perdana Menteri meneruskan perjuangan dengan penuh semangat dan dedikasi demi untuk rakyat. Jangan pandang kiri kanan atau toleh ke belakang. Buatlah yang terbaik untuk ugama Islam, bangsa Malaysia dan tanahair, Malaysia tercinta.

ADNAN YAAKOB,

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO

NEGERI PAHANG

UMNO Pulau Pinang amat dukacita dan kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang sanggup bersama-sama dengan pimpinan parti pembangkang dan NGO anti-Kerajaan membuat deklarasi bagi memulakan usaha menyingkirkan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara tidak demokratik.

Sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan dan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokratik adalah tidak wajar sama sekali dan perlu ditentang habis-habisan oleh pendokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Kerajaan Malaysia dipilih setiap lima tahun sekali melalui proses Pilihanraya yang demokratik dan bebas. Manakala Perdana Menteri pula dilantik mewakili parti yang menang dalam Pilihanraya dan mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Kedaulatan Undang-Undang dan amalan demokrasi yang menjadi teras berkerajaan di Malaysia perlu dihormati oleh semua pihak, dalam dan luar negara.

UMNO Pulau Pinang turut mengecam tindakan Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Seri Mukhriz yang turut hadir pada sidang Media yang sama. Kehadiran mereka boleh ditafsirkan sebagai mencabar pimpinan tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.

Mereka tidak sepatutnya menyokong sebarang perancangan, gerakan, usaha atau deklarasi oleh mana-mana pihak untuk menyingkirkan Perdana Menteri yang dilantik secara demoratik.

Tindakan YABhg Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan lain-lain bekas pemimpin UMNO yang sanggup bersekongkol dan duduk semeja dengan Lim Kit Siang dan pimpinan DAP untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri Melayu amat dikesali dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana ahli UMNO yang berfikiran waras.

Tradisi Menyokong Institusi Presiden Dalam UMNO

Semua ahli UMNO perlu mempertahankan institusi Presiden dan pemimpin negara, tidak kira siapa yang duduk di kerusi Presiden dan Perdana Menteri.

Sepanjang Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, itu jugalah yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO; mempertahankan institusi Presiden dan Perdana Menteri dari segala bentuk serangan luar dan dalam.

Pada masa ini, Presiden UMNO dan Perdana Menteri diserang dari luar dan dalam negara. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli-ahli UMNO untuk mempertahankan Presiden dan Perdana Menteri.

UMNO Pulau Pinang akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

UMNO Pulau Pinang akan tetap setia bersama dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk melawan musuh-musuh UMNO dan Barisan Nasional terutamanya DAP dan sekutu-sekutunya.

Terima kasih.

Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *