Recent Post

Monday, March 28, 2016

AZMI HATTA AKUI CINTA ELLY MAZLEIN SAMPAI BILA-BILA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

"Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima," demikian kata Azmi Hatta yang mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya, Elly Mazlein meskipun sudah bercerai.

Kata Azmi, dia tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly meskipun diasak dengan pelbagai persoalan kerana dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

"Mendedahkan punca penceraian saya dan bekas isteri bukan satu tindakan bijak. Lebih baik mengunci mulut biarpun hati masing-masing terluka.

"Cuma yang menyedihkan saya apabila perceraian itu berlangs ung ketika Elly sedang hamil tiga bulan. Ada permasalahan besar yang berlaku antara kami yang tidak dapat saya kongsi di sini.

"Permasalahan peribadi yang kompleks itu yang menyebabkan kami berdua bersetuju untuk membawa haluan masing-masing," jelas Azmi.

Untuk makluman, Azmi dan Elly mendirikan rumah tangga pada 19 November 2014 di Surau As-Sakinah, Puchong, Selangor sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 9 Mac lalu.

Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Azmi. Perkahwinan pertamanya beliau dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Azim dan Aqif.

Sumber: UM

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *