Recent Post

Monday, March 28, 2016

Pimpinan akar umbi Umno S'gor didakwa diarah tandatangan deklarasi sokong Najib


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang ketua cawangan mendakwa kepimpinan Umno akar umbi di Selangor kini diarahkan menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.

Katanya,difahamkan "kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor telah menandatangani deklarasi itu sebagai menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangan beliau sebulat suara menolak deklarasi tersebut.

"Kami sebulat suara dari Cawangan Teratai menolak deklarasi yang memberi sokongan kepada kepimpinan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri Malaysia," tegas Hashim sambil disambut tepukan hadirin.

Khamis lalu, kepimpinan Umno Kelantan menandatangani deklarasi yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib.

Mengulas lanjut Hashim berkata adalah menjadi harapan untuk setiap presiden yang dilantik menerajui parti itu ke arah kecemerlangan terutamanya apabila menghadapi pilihan raya umum sebagaimana presiden Umno terdahulu.

Namun, Hashim mendakwa perkara tersebut tidak berlaku.

Sebalikya, dakwa Hashim lagi, ahli akar umbi didedahkan dengan terlalu banyak cerita negatif mengenai kepimpinan presiden parti sehinggakan mereka merasa seperti diperbodohkan kepimpinan parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu.

"Kita bukan bodoh, buta dan pekak. Sebelum ini saya telah ingatkan bahawa rakyat akan bangkitkan kes Altantuya, cincin berlian, kapal selam scorpene dan hari ini ditambah pula dengan isu 1MDB.

"Tak habis isu 1MDB, timbul pula soal wang derma RM2.6 bilion yang kita sedia maklum cerita mengenainya," tegas Hashim.

Katanya, jika benar kepimpinan perdana menteri tidak berbuat demikian, mengapa Najib tidak bertindak menyaman pihak yang didakwa terlibat dalam membuat fitnah terhadapnya.

"Dalam sistem perundangan kita sudah cukup untuk ambil tindakan terhadap orang yang fitnah kita.

"Tapi kalau kita diam diri, fitnah itu seolah betul, kalau saya jadi Najib saya akan saman. Kalau ia bohong sebab kita tak buat, apa nak takut," kata Hashim.

Justeru, Hashim mencabar mana-mana ketua cawangan yang belum menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan perdana menteri agar tidak berbuat demikian.

"Saya cabar mana-mana pihak yang belum tandatangan, jangan tandatangan, ini bukan cerita pembangkang sebab Umno ada, NGO ada, rakyat biasa pun ada yang mana kita menuntut Najib letak jawatan.

"Siapa saja boleh boleh tandatangan (deklarasi rakyat), orang masjid pun boleh tandatangan kerana bukan kita marah tapi kita sayang parti kita dan lebih lagi kita sayangkan negara ini," tegas Hashim lagi.

Tambah Hashim, beliau yakin selepas ini akan ramai lagi rakyat yang akan menyokong deklarasi yang dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran berita yang disampaikan oleh media alternatif.

"Saya harap mereka belum dengar lagi berita ini akan dapat mengetahuinya selepas media alternatif sebarkan, mereka akan sedar," kata Hashim mengakhiri ucapan beliau.

Difahamkan program malam tadi tidak dihadiri ketua bahagian Umno Teratai kerana Malaysiakini difahamkan beliau berbeza haluan dengan Hashim, namun didakwa menyatakan tidak ada halangan dari pihaknya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *