Recent Post

Thursday, March 24, 2016

Dua objek diperiksa ATSB konsisten dengan pesawat ... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 24 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Secara teknikalnya dua objek yang diperiksa Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) konsisten dengan pesawat jenis Boeing 777.

Dan secara logiknya satu-satu pesawat jenis Boeing 777 yang hilang adalah milik Penerbangan Malaysia MH370.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dicapai menerusi analisis dikendalikan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Geoscience Australia selama tiga hari berakhir semalam.

Beliau berkata, analisis terperinci itu antara lain mengesahkan dimensi, bahan dan pembinaan serpihan yang ditemui di persisiran negara Afrika Selatan itu bertepatan dengan spesifikasi pesawat jenis Boeing 777.

"Cat dan penstensilan (corak yang dihasilkan pada permukaan menggunakan acuan) serpihan itu adalah sepadan dengan yang digunakan syarikat Malaysia Airlines (MAS)," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Penyiasat bebas, Blaine Gibson, pada 3 Mac lalu menemui objek berukuran kira-kira semeter, dipercayai penstabil mendatar pesawat MH370 yang terdampar di persisiran pantai di Mozambique.

Penemuan selepas 'flaperon' MH370 ditemui di pantai Pulau Reunion, Perancis pada 29 Julai tahun lalu memberi harapan kepada pasukan penyiasat mengenai bukti baharu pesawat berkenaan.

MH370 dilaporkan hilang daripada radar, kira-kira 40 minit berada di udara sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.-24/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *