Recent Post

Sunday, March 06, 2016

Siti Nurhaliza Terkejut Anggun Mahu Kongsi Pentas Dengannya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza, tak menyangka penyanyi antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi bakal berkongsi pentas dengannya dalam Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends yang akan berlangsung di Stadium Negara, 2 April depan.

Lebih menerujakannya apabila Anggun yang merupakan penyanyi kelahiran Indonesia itu bakal mendendangkan salah satu daripada lagunya pada konsert tersebut.

"Bagai mimpi apabila pihak Yonder Music melahirkan hasrat mahu mengadakan konsert saya. Lebih menggembirakan saya apabila hasil perbincangan bersama kami keluar dengan senarai artis hebat dan teman rapat saya yang akan turut bersama dalam konsert nanti.

"Paling saya tidak sangka apabila saya diberitahu yang Anggun menyatakan kesudiannya menerima pelawaan menjayakan konsert saya ini. Malah dia memilih mahu menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.

"Dia juga meminta saya menyanyikan lagunya. Saya akan menyanyikan lagu Snow on The Sahara. Saya anggap permintaannya itu sebagai satu pen ghormatan," katanya.

Selain Anggun, konsert eksklusif itu juga bakal juga menampilkan penyanyi hebat lain iaitu Faizal Tahir, Hafiz Suip juga dua penyanyi lelaki dari Seberang iaitu Afgan dan Cakra Khan.

Buat julung kalinya juga konsert kali Siti kali ini kerana lagu-lagu yang bakal dipersembahkan digubah semula oleh pengarah muzik berasal dari Amerika Syarikat dikenali sebagai, JKey.

Pada konsert yang dijangka menarik perhatian lebih 6,000 peminat itu, Siti bakal diiringi lima pemuzik yang juga diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

"Selalunya saya menggunakan khidmat penerbit dan komposer Aubrey Suwito tetapi kali ini Jkey akan menjadi pengarah muzik untuk konsert ini. Dia mengubah susunan bagi semua lagu yang akan saya nyanyikan.

" Ini kali pertama saya bekerja dengan beliau dan saya teruja kerana pastinya hasil kerjasama kami memberikan sesuatu yang berbeza dan istimewa untuk penonton.

Istimewanya lagi, Siti bakal mendendangkan sebuah lagu nyanyian mendiang Whitney Houston yang akan menjadi kejutan buat penonton pada malam itu.

Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends dikhususkan untuk pelanggan Celcom Xpax. Namun kepada yang bukan pelanggan Celcom, mereka masih boleh mendapatkan tiket dengan memiliki pek Celcom Xpax berharga serendah RM30 dan menjadi pelanggan Yonder Music.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Ahad, 6 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *