Recent Post

Friday, April 01, 2016

Guan Eng serang balas Shabudin guna 'peluru' sama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba memulangkan paku buah keras kepada anggota parlimen Umno Datuk Shabudin Yahaya yang menyerangnya dalam isu pembelian rumahnya sebelum ini.

Lim malah membangkitkan isu jual beli harta tanah bawah harga pasaran, yang turut menyebabkan beliau diasak teruk sebelum ini.

Lim menuntut Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dipengerusikan Shabudin menjelaskan penjualan sebidang tanah awam di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang dipercayai beliau dijual bawah harga pasaran.

"Tanah 8.5 ekar ini dipecah milik kepada 18 petak yang mengandungi 256 lot dengan harga jualan RM1,427,025.60 (RM1.427 juta) sedangkan nilai (tanah tersebut) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM16,636,626.00 (RM16.636 juta).

"Ini bermakna kehilangan kepada PERDA RM15,209,600.40 (RM15.209 juta) kerana menjual tanah tersebut pada harga RM1.427 juta iaitu 8.60 peratus daripada keseluruhan harga pasaran," Lim dipetik sebagai berkata di Pulau Pinang tengah hari tadi.

Ketika dihubungi, Shahbudin berkata beliau akan mengadakan sidang media bagi menjawab dakwaan Lim itu esok.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *