Recent Post

Friday, April 01, 2016

Siti Sarah Raissuddin Cerita Pengalaman Dikutuk ‘Buruk’ Sejak Kecil


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terdapat sesetengah manusia yang gemar mengutuk dan menghina sesuatu yang dianggap buruk atau tidak cantik pada pandangan mereka. Berkenaan hal ini, penyanyi Siti Sarah Raissuddin melalui akaun Instagramnya memberitahu, ia adalah sesuatu yang dihadapinya sejak kecil apabila terdapat individu yang menghina hidungnya dan perkara itu masih berlaku pada hari ini.

Sarah telah muat naik screenshot komen dua orang pengguna Instagram yang mengutuk wajahnya dan bercerita panjang mengenai pengalaman rupa parasnya dikutuk sejak kecil. photo 12724676_998618206884262_1004858784_n.jpg

Saya teringin sangat nak tau , sebagai manusia biasa , apakah yg akan anda lakukan sekiranya org megutuk dan meghina pada rupa anda?

Perkara ini berlaku pada saya bukan dari semlam atau dua tiga tahun lalu , perkara ini sudah lama berlaku dalam hidup Saya, saya mula menyedari yg saya tak sama macam org lain seawal saya bersekolah … Alah di panggil hodoh , badak ! Apa lah sangat .. Pada awal tadika ada budak panggil saya "hidung awak macam BABI" saya marah dan pangil die nenek kebayan ..hahahahah lalu budak tu marah dan menagis sebab saya panggil die nenek kebayan .. Ha biasa la budak2 ..

Masuk sekolah rendah sama jugak .. Tapi dah biasa , masuk sekolah menengah ? hampir setiap hari kene ejek HIDUNG HIDUNG HIDUNG , sampai kadg2 mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai, baru naik bas.. Nasib baik ada kawan @yatie_zul n @azucarmoreena die org cakap , kau ala2 black , pernah terlintas d hati (aku nak pegi buat hidong ) supaya org dah tak boleh cakap lagi.. Tapi pk2 balik ,org tak kan berhenti bercakap, cantik macam mana pon org tetap akan kutuk , bila dah kawin besalin lagi org kutuk gile2 gemok, hidong besa , macam2 lagi ..

ini bahagian cerita saya yg sebenarnya ,banyak lagi tapi panjang sangat kalau saya nak tulis hahahah.. Saya tak penah becakp pon pasal bende ni.. Cuma kadang2 terkesan jugak ? tapi saya akan pk macam ni (AKu ada 3 org anak yg menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia hahahah dan aku ada suami maharajalawak hahahah memang bahagia hidup aku …. ) sekian

Sememangnya lumrah terdapat jenis manusia yang tiada sebarang masalah mengutuk atau mengata sesuatu yang nampak buruk di matanya. Tetapi seperti kecantikan, buruk itu juga subjektif jadi apa yang buruk pada mata sesetengah orang tidak semestinya buruk pada mata orang lain.

Sarah sendiri mempunyai seorang suami dan tiga orang anak yang menganggapnya cantik. Itu pun sudah cukup sebenarnya, bukan?

Persediaan batch ke-4..alhamdulillah..mari pm saya utk order..󾬐Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal󾬐OFFER MASIH BERKUATKUASA⏩4 PEKET untuk 1 POSTAGE⏩SPECIAL PRICE utk pembelian PUKAL

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 22 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *