Recent Post

Wednesday, April 27, 2016

Internet 4G Dalam 5 Tahun Lagi, Jika Beri Mandat Besar Pada BN - PM


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUCHING - Rakyat Sarawak akan menikmati kemudahan internet jalur lebar 4G dalam tempoh lima tahun lagi, itu janji yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib, jika rakyat Sarawak memberikan mandat yang lebih besar kepada BN di Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 ini.  Menurut beliau, pemberian mandat yang lebih besar kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem itu adalah amat penting, kerana BN mempunyai agenda besar untuk Sarawak dalam tahun-tahun yang akan datang.  "Rakyat Sarawak boleh pegang kata-kata saya bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus beri kerjasama, sokongan dan mampu memberi dana yang cukup untuk Sarawak," lapor Borneo Post.  Semalam, Najib menjelaskan bahawa projek Internet Laju, bersama dengan projek Lebuh Raya Pan-Borneo adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk menjadikan Sarawak setara dengan semenanjung, selain menjanjikan projek-projek yang lain untuk kepentingan penduduk luar bandar seperti kemudahan bekalan air bersih dan pembinaan jalan raya. - PIXEL MEDIA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *