Recent Post

Tuesday, May 31, 2016

Dia buat hal lagi...nak tanding calon Bebas di Kua... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 31 Mei 2016 By ROSLI ISMAIL

Ahli UMNO cawangan Pusat Bandar Cempaka,Bahagian Pandan,Selangor kini nak kacau daun pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar pula.

Menerusi facebook Selasa dia umum akan bertanding calon Bebas.

Ini katanya kerana kedua-dua calon BN Datin Mastura Yazid dan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad bukan anak tempatan Kuala Kangsar.

Mastura berasal dari Negeri Sembilan manakala Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak,Perak.

Syed Rosli yang berasal dari Kuala Kangsar dikenali sebagai 'kaki bising' dalam parti sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak bila mencerca Mastura di facebook dengan kata-kata yang tidak sewajarnya termasuk dakwanya gila kuasa.

Dia dianggap keterlaluan dan tidak pedulikan sensitiviti orang.

Apa lagi Mastura baru saja ditimpa tragedi kematian suami,Allahyarham bekas Ahli Parlimen Datuk wan Khairil Anuar yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei.

Dibawah peraturan UMNO mana-mana ahli yang bertanding calon Bebas dalam pilihanraya akan dipecat.- 31/5/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *