Recent Post

Tuesday, May 31, 2016

Dicabar Rakan, Lelaki Hampir Mati Telan 8 Biji Paku


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

8-5

Seorang lelaki dari Xinjiang, China hampir maut selepas menelan 8 biji paku berukuran 15 sentimeter selepas dicabar oleh rakan-rakannya.

Menurut sumber, lelaki itu dikatakan menelan paku pada 17 Mac lalu namun kesakitannya hanya dirasai baru-baru ini sehingga memaksa pembedahan dilakukan bagi membuang paku yang 'bersarang' dalam badannya.

Insiden makan paku bermula apabila rakan-rakannya tidak percaya dengan kata-katanya bahawa dia merupakan seorang penelan senjata terlatih.

Selepas diejek, dia yang merasa tercabar kemudiannya terus mengeluarkan paku-paku yang disimpan dalam poket sebelum menelannya di hadapan rakan-rakannya.

Hanya selepas dia menelan 8 paku, baharu kawannya meminta dia menghentikan perbuatan tersebut yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatannya.

Hasil pemeriksaan imbasan badan X-ray, doktor terkejut dengan penemuan itu yang mana paku tersebut telah tertanam dalam perutnya sehingga pembedahan terus segera dilakukan bagi mengelak sebarang risiko kematian.

"Selepas menelan paku-paku itu saya tak rasa apa-apa sakit pun. Saya langsung tak sangka ia akan jadi teruk macam ini," ujar lelaki berkenaan.

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *