Recent Post

Thursday, May 19, 2016

Kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia terjamin - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia terjamin

19/05/2016 11:47am

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan kebajikan pekerja berdaftar warga Indonesia di negara ini akan diberikan keutamaan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan melakukan penilitian mendalam berhubung isu pembekuan pembantu rumah yang disuarakan oleh Indonesia ke negara ini.

"Saya percaya masih banyak ruang untuk membincangkan perkara ini. Mungkin isu gaji minimum yang diminta masih boleh dibincangkan memandangkan ia berada di luar dari persetujuan awal yang dilakukan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Persidangan Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dekat sini.

Baru-baru ini, Minister Counsellor Pensosbud, Trigustono Supriyanto yang bertugas di pejabat kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur berkata, kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk tidak lagi membekalkan khidmat pembantu rumah ke luar negara mulai tahun depan.

Selain Malaysia, Indonesia juga tidak akan membenarkan warganegaranya menjadi pembantu rumah di negara-negara Asia Barat dan Hong Kong.

Bagaimanapun, pembantu rumah Indonesia yang sedia ada di negara-negara asing ini masih dibenarkan untuk bekerja sekiranya khidmat mereka dilanjutkan oleh majikan masing-masing. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *