Recent Post

Wednesday, June 01, 2016

18 tangkapan SPRM Pahang setakat 31 Mei ini - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

18 tangkapan SPRM Pahang setakat 31 Mei ini

01/06/2016 10:13am

TEMERLOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah di negeri itu bagi tempoh Januari hingga semalam.

Pengarah SPRM Pahang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 17 tangkapan yang direkodkan sepanjang 2015.

Menurutnya peningkatan itu berkemungkinan disebabkan tangkapan berkaitan aktiviti perlombongan bauksit pada awal tahun ini.

"Selain kes bauksit, kita juga banyak melakukan tangkapan kes-kes lain dari semasa ke semasa menerusi hasil risikan sendiri ataupun daripada aduan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan majlis penerangan dan wacana bertajuk "Pencegahan Rasuah Bermula Dari Rebung" anjuran SPRM Pahang di sini. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *