Recent Post

Friday, June 10, 2016

Anggota keselamatan perketat kawalan sempadan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Anggota keselamatan perketat kawalan sempadan

10/06/2016 10:39am

KUALA LUMPUR - Aktiviti penyeludupan mercun dan barangan keperluan harian di sempadan negara dipercayai akan lebih aktif dalam tempoh tiga minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, susulan itu, tentera akan melipatgandakan rondaan untuk menyekat kegiatan itu yang mungkin turut melibatkan barangan terlarang.

"Kami akan melipatgandakan operasi dan rondaan di sempadan kerana kami tahu penyeludup akan cuba bawa masuk barang larangan seperti mercun untuk stok musim perayaan," katanya kepada Bernama.

Tanpa mendedahkan bilangan anggota bertugas, Zulkifeli berkata aktiviti penyeludupan pada kebiasaannya aktif sekitar waktu magrib.

"Kami percaya penyeludup ambil kesempatan waktu berbuka puasa dan solat tarawih untuk melakukan kegiatan mereka. Rondaan akan ditingkatkan pada waktu itu," katanya. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *