Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Lama berita mengenai empat lelaki rakyat Malaysia yang diculik Kumpulan Abu Sayyaf ini hilang dari 'berita Malaysia'.
Tapi senyap-senyap ada pihak yang bekerja di belakang tabir... berunding dan berunding yang kemudiannya membuahkan hasil iaitu dengan pembebasan empat orang Sarawak yang diculik di Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.
Menurut laporan dari Jolo, perunding Malaysia dan Filipina berjaya membawa kepada pembebasan empat rakyat itu selepas beberapa rundingan dilakukan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Empat mangsa culik itu adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).
Empat lelaki yang berasal dari Sarawak itu diculik dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.-8/6/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment