Recent Post

Wednesday, June 08, 2016

(Gambar) Bas Bawa Penuntut Universiti Terbalik, 11 Dikejarkan ke Hospital


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kota Kinabalu, 8 Jun: Sebelas orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) cedera dan dikejarkan ke hospital apabila bas ekspress yang dinaiki oleh mereka terbalik ketika menuruni bukit berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, 23 pelajar lain yang turut berada dalam bas berkenaan mendapat rawatan pesakit luar di klinik Warga UMS dan dilaporkan hanya cedera ringan.

Difahamkan kumpulan penuntut itu menaiki bas yang disewa khas untuk mengambil mereka di fakulti pengajian masing-masing sebaik tamat sesi kuliah.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki 34 tahun itu hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum terbabas dan terbalik berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran pengajian tersebut.

"Akibat kemalangan itu 11 penuntut dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE ) II manakala 23 pelajar lagi menerima rawatan sakit luar di klinik Warga UMS. "Pemandu bas turut cedera di siku kiri," katanya lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan kegagalan fungsi brek bas itu.

Polis masih mengenal pasti tahap kecederaan 11 penuntut yang dikejarkan ke HQE II dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Madya Dr Ismail Ali meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh memberi kegusaran kepada orang luar khususnya ibu bapa pelajar.

"Pihak universiti sentiasa mengambil berat kepada isu kebajikan pelajar termasuk yang terbabit dalam kemalangan itu. "Justeru sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320000 sambungan 4219," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *