Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tidak perlu membeli dan bukan untuk dijual! Segala barangan diberikan percuma kepada pengunjung yang hadir. Begitulah suasana Free Market Sinar yang bakal digambarkan, iaitu sebuah projek kolaborasi Sinar FM dan Kengkawan Project sempena bulan Ramadan ini.
Sekiranya anda ada barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik atau apa sahaja barangan keperluan harian yang ingin disumbangkan kepada mereka yang memerlukan, Sinar FM ingin mengajak pendengar untuk sertai mereka sempena projek Berikan Masa untuk Free Market Sinar!
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Sinar FM mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk mendaftarkan diri di laman web Sinar FM (www.sinar.fm ) untuk menjadi sebahagian penyumbang kepada sesiapa yang memerlukannya. Orang ramai juga dijemput hadir ke acara tersebut untuk mengambil barang-barang yang akan diberikan oleh peserta.
Penyampai-penyampai Sinar FM seperti, Shuib, Rahim, SY, Abby Fana, Feeya Iskandar, Jamal Jamaluddin dan ramai lagi akan berada di lokasi-lokasi Free Market Sinar. Sabtu lalu, mereka turut memberikan masa di lokasi pertama iaitu seawal jam 9 hingga 11 pagi bertempat di Taman Permainan Taman Muhibbah, Kajang.
Lokasi seterusnya, Free Market Sinar akan menemui orang ramai bertempat di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6 pada 18 Jun nanti. Ayuh! Semarakkan Ramadan ini dengan menyertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar anjuran Sinar FM dan Kengkawan Project.
Bagi yang berminat untuk sertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar, boleh la berdaftar maklumat- maklumat seperti nama penuh, nombor telefon, alamat,jenis sumbangan dan segala maklumat yang diperlukan melalui laman web Sinar FM.
Related
Komen via FacebookKomen
— 19 Bacaan
No comments:
Post a Comment