Recent Post

Wednesday, July 13, 2016

'Elak ketegangan, ASEAN perlu bincang dengan China'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

ASEAN perlu berbincang dengan China bagi mempercepat pencapaian Kod Tata Cara (CoC) mengenai Laut China Selatan ketika meningkatnya ketegangan dan kebimbangan keselamatan.

Ini susulan tercapainya keputusan bersejarah oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di The Hague semalam terhadap China berhubung pertikaian maritimnya dengan Filipina, kata penganalisis Malaysia.

Geostrategis Prof Dr Azmi Hassan berkata keputusan itu sewajarnya menjadi pendorong bagi ASEAN, terutama empat negara pembuat tuntutan yang mendesak China menerima CoC.

Beliau berkata penggubalan dan pemuktamadan CoC, yang terhasil dari Perisytiharan Tata Cara (DoC) Pihak-pihak di Laut China Selatan ditandatangani pada 2002 oleh 10 negara anggota ASEAN, telah berlarutan begitu lama tanpa kelihatan banyak kemajuan.

Selain Filipina, negara-negara penuntut ASEAN yang lain ialah Brunei, Malaysia dan Vietnam.

"ASEAN perlu mengambil langkah berani dan menggunakan kelebihan itu (keputusan mahkama h) bagi memaksa China menandatangani CoC.

"Tidak ada lagi sebab untuk China menangguhkannya," kata beliau.

Bercakap kepada Bernama, Azmi berkata ketika negara-negara penuntut ASEAN mesti tegas dalam mendesak hak mereka, negara-negara anggota perlu berhemah ketika berurusan dengan China dan tidak mencetuskan provokosi seterusnya.

"ASEAN juga perlu berusaha bersama untuk mengendurkan ketegangan," katanya.

Dalam keputusan bersejarah itu, tribunal tersebut menetapkan bahawa China tidak mempunyai hak dari segi sejarah terhadap perairan Laut China Selatan yang kaya dengan sumber itu.

Ia juga memutuskan bahawa China tidak mempunyai asas perundangan untuk menuntut sumber dalam apa yang dipanggil garisan "sembilan sempang".

China tidak menyertai atau mengiktiraf prosiding itu sejak ia bermula tahun lepas, dan menyifatkan keputusan itu sebagai 'unilateral', pendirian yang dilihat banyak pemerhati sebagai menunjukkan tentangan yang mungkin memburukkankeadaan.

Azmi meramalkan keputusan PCA itu tidak akan menghalang strategi China, malahan, mungkin mempercepat pembinaan fasiliti negara itu di Scarborough Shoals.

Seorang lagi penganalisis, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Kajian Antarabangsa, Universiti Malaya, berkata China tidak akan 'kow tow' (tunduk) kepada keputusan PCA itu.

Sebaliknya beliau meramalkan republik itu akan meningkatkan kehadiran tenteranya di wilayah itu sebagai menentang keputusan berkenaan.

Beliau berkata ini mungkin pula menyebabkan tindak balas oleh Filipina dan negara-negara penuntut yang lain.

"Ini kerana China tidak saja rasa tersinggung dengan keputusan itu tetapi juga melihatnya sebagai percubaan oleh Barat membantut strategi utamanya unt uk menjadi sebuah superpower global yang lebih besar.

"Dan oleh kerana China telah menggunakan begitu banyak tenaga dan wang, termasuk membina fasiliti di kawaan berkenaan, saya lihat ia tidak akan tunduk kepada keputusan itu, atau begitu mudah berundur dari kawasan itu," kata beliau.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *