Recent Post

Friday, July 01, 2016

Ku Seman minta henti kutuk, keji atau perlekeh Dr M - Malaysiakini (caruman) (subscription)


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu meminta semua pihak menghentikan kejian, kutukan mahupun memperlekeh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, jika masih ramai yang terpengaruh dengan Mahathir, maka pihak yang berkenaan perlu bermuhasabah diri untuk bertanya kenapa mereka tidak berpengaruh seperti bekas perdana menteri itu.

"Tanyalah diri kita kenapa kita yang pegang semua kuasa masih tidak berpengaruh seperti Dr. Mahathir. Di mana salahnya? Adakah masih salah Dr. Mahathir juga?," kata beliau dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Sebelum ini, Ku Seman menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.

"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu terbaru yang dibangkitkannya, Ku Seman berkata, sebahagian besar daripada rakyat negara ini tentunya sedikit sebanyak menikmati hasil daripada buah fikiran dan idea Mahathir.

"Memanglah Perdana Menteri dibayar gaji dan segala macam termasuk jet mewah, tetapi tidak semua orang yang diberi jet mewah boleh membuat seperti Mahathir.

"Mahathir bukan siapa-siapa. Dia seorang tua dan tidak ada apa-apa kuasa pun. Jadi tidak perlulah kita memusuhi dan melabelkan yang buruk-buruk.

"Lagi pun bukankah kita selalu menganggap Mahathir sudah tidak ada pengaruh. Kita yang besar pengaruh dan (ada) panglima kiri kanan bukanlah lawan Mahathir," katanya lagi.

Walaupun secara peribadi tidak setuju dengan Mahathir dalam beberapa perkara, namun ia dibiarkan sahaja kerana Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

"Ketua bahagian UMNO pun tidak. Ahli pun tidak. Tetapi saya tidak tergamak menghina Mahathir. Pertama kerana dia bekas pemimpin kita, kedua dia seorang tua yang bukan siapa-siapa.

"Apabila ada kecenderungan pemimpin pelapis yang menyerang dan mendesak kemudahan itu dan ini ditarik balik, yang lekeh dan hilang pekerti bukan Mahathir tetapi kita.

"Kita dengan kuasa yang ada boleh saja menghalau Mahathir dari Petronas, Proton, Yayasan Kepimpinan Perdana dan suruh polis soal siasat. Tetapi yang kelihatan buruknya adalah kita," tambah Ku Seman.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *