Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pertemuan antara Umno Tambun bersama bekas pemimpinnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah diadakan padaRabu malam, ekoran peletakan jawatan mengejutnya dalam parti dan kabinet.
Timbalan Ketua Umno Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan menyatakansama ada Husni menjelaskan perkara itu.
"Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Husni dan beliau mengesahkan peletakan jawatan parti beliau sepertimana yangtelah diuar-uarkan sebelum ini.
"Dalam konteks Tambun, sudah pasti Umno/BN Tambun terasa kehilangan beliau tetapi selaku anggota parlimen Tambun,beliau akan terus memberi khidmat bakti dalam kapasiti tersebut," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Aminuddin sebelum ini berharap Husni dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu supaya semua pihak tidakmembuat sebarang spekulasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan kabinet hanya berkata Husni tidak mahu lagimenjadi menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.
Masa perubahan
Husni juga dilapor meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno dan BN, timbalan pengerusi Umno dan BN Perak sertaketua Umno dan BN Tambun.
Selain itu, Aminuddin juga menganggap sudah tiba masanya bagi Umno bahagian melakukan pertukaran bagi menghadapipersediaan pilihan raya umum akan datang.
"Bagi Tambun, beliau (Husni) merasakan sudah tiba masanya untuk lakukan proses pertukaran seperti yang beliaurancang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Aminuddin enggan menghuraikan lebih lanjut dan hanya menegaskan Husni seorang pemimpin yang praktikal danberwawasan.
Pembangkang sebelum ini mengaitkan pengunduran Husni sebagai protes terhadap isu sekitar Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak dalam isu 1MDB dan kontroversi kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.
Husni setakat ini belum menjelaskan lanjut perkara itu. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Husni setakat ini masihbelum berhasil.
No comments:
Post a Comment