Recent Post

Friday, July 22, 2016

Najib : "Saya Memandang Berat Kenyataan yang Dibuat Oleh Department of Justice, United States"


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kuala Lumpur, 21 Julai - Perdana Menteri, Najib Razak, hari ini memberi respon susulan kenyataan yang dibuat oleh Department of Justice, United States yang dibuat baru-baru ini.

Najib mengeluarkan kenyataan di blog Najibrazak.com.

"Saya memandang berat kenyataan yang dibuat oleh Department of Justice, United States yang telah disiarkan pada malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil, dan bukan tindakan jenayah.

"Dan ia terhad kepada nama-nama yang telah pun disebutkan dalam laporan tersebut. Oleh itu, dari segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada semua pihak siasatan peringkat antarabangsa.", kata Najib.

Selain itu, Najib juga berkata sebarang kesimpulan perlu dielakkan sebelum proses kehakiman di mahkamah selesai.

"Pendirian kita selama ini jelas iaitu kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggar undang-undang.  "Oleh itu, proses perlulah dihormati, maknanya seseorang itu ada peluang untuk membela diri sendiri atau pun menggunakan proses kehakiman di mahkamah dan kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan selagi proses itu belum selesai.", kata beliau - Siakapkeli.my

Sumber : www.najibrazak.com




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *