Recent Post

Sunday, July 10, 2016

Projek Kuih Raya Wanita Hari Ini Berjaya Agih 6,400 Balang Kuih Raya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pejam celik, hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tibanya bulan Syawal, di mana seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang. Sudah semestinya menjadi tradisi orang ramai untuk membeli kuih raya, pakaian baharu, perabot baharu dan lain-lain lagi untuk menyambut ketibaan bulan Syawal dengan penuh perasaan gembira.

Sejajar dengan kempen Syukur Selalu anjuran rangkaian televisyen Media Prima Berhad, program bual bicara popular, Wanita Hari Ini telah mengambil inisiatif untuk melangsungkan #projekkuihrayaWHI yang bertujuan memberikan sumbangan pelbagai kuih raya kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai dan meraikan keriangan di pagi Syawal bersama-sama keluarga tersayang.

Ashh dan Annas merupakan salah satu pihak penaja Free Market WHI

Lebih istimewa, #projekkuihrayaWHI memberi peluang kepada penonton-penonton setia WHI untuk beramal apabila mereka telah menyumbangkan pelbagai kuih raya ke Sri Pentas pada 18 Jun 2016. Selain itu, krew Wanita Hari Ini juga menjelajah ke Alor Star dan Temerloh untuk mengumpul kuih-kuih raya yang diberikan oleh penonton setia WHI.

Bertempat di Wisma Bidara di Alor Setar pada 18 Jun 2016 (Sabtu), acara tersebut turut disertai oleh isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Hizam Awang Ahmad. Manakala aktiviti gotong-royong membuat dodol juga diadakan di lokasi pusat pengumpulan ketiga iaitu Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang pada 19 Jun 2016 (Ahad).

Jumlah kuih raya yang dikumpul berjaya mencecah 6,000 balang pada kedua-dua hari tersebut. Antaranya, Puan Nor Azlena, penonton WHI merupakan penyumbang kuih raya terbanyak, iaitu lebih daripada 200 balang kuih raya sebagai tanda sokongan kepada #projekkuihrayaWHI.

600 balang kuih raya telah diagihkan kepada 8 badan anggota keselamatan dan 300 orang ibu tunggal dan anak-anak yatim di Alor Setar, Kedah. Seterusnya, sebanyak 4,000 balang kuih raya pula telah diedarkan kepada pesakit di wad pediatrik, Hospital Besar Temerloh, golongan orang kurang upaya (OKU), dan juga penduduk di Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang. Tidak ketinggalan, WHI juga telah mengedarkan sebanyak 1,000 balang kuih raya kepada orang ramai di kawasan PPR Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Jun.

Acara kemuncak #projekkuihrayaWHI iaitu Free Market WHI telah diadakan pada 25 Jun 2016 (Sabtu) di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Putrajaya bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 8.00 malam bagi meraikan golongan yang memerlukan iaitu keluarga Bersamamu, keluarga Orang Asli Bukit Lanjan, dan juga para pelajar di sekitar Lembah Klang.

Mereka telah menerima kuih raya dan barangan keperluan seperti tudung, telekung, baju Melayu dan kasut yang ditaja oleh Nestlé, Pusat Pakaian Hari Hari, Blossom Box, Ash & Annas dan lain-lain. Tetamu kehormat, YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki turut hadir untuk menyerikan majlis berbuka puasa dan memberikan bungkusan-bungkusan serunding kepada hadirin sekalian.

Para jemputan turut diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama krew Wanita Hari Ini yang diketuai oleh Puan Kalijahwati Md. Kassim, Penerbit Eksekutif Wanita Hari Ini dan barisan hos WHI iaitu Fiza Sabjahan dan Hazrena Kassim. Hadirin sekalian telah dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Wani Kayrie, Yoyo dan Syuhada.

Bagi yang tidak berpeluang untuk hadir ke lokasi terpilih, anda masih boleh terus menderma dan jangan lupa berkongsi cerita anda bersama kami melalui #projekkuihrayaWHI. Gambar dan video yang terpilih akan kami kongsikan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini.

YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki mengedarkan serunding dan kuih raya kepada kanak-kanak

Wani Kayrie, Yoyo dan Syuhada membuat persembahan lagu Senyuman Di Pagi Raya.

Puan Nor Azlena, penonton WHI merupakan penyumbang kuih raya terbanyak

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 3

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 2

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 1

Krew WHI bersama-sama penyumbang kuih raya

Gotong-royong membuat dodol di Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang

Antara kuih raya yang telah disumbangkan kepada krew WHI

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *