Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
14/08/2016 8:25pm
JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mengumpul sejumlah RM208 bilion pelaburan komited dari 2006 hingga 30 Jun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, daripada pelaburan komited kumulatif itu, 51 peratus atau RM106.43 bilion membabitkan pelaburan yang sudah direalisasikan.
"Dalam tempoh itu, pelabur tempatan menyumbang RM124 bilion manakala 40 peratus (RM84.05 bilion) dari negara asing yang membuktikan mengenai keyakinan jiran kita dan negara lain di dunia (terhadap Malaysia)," katanya semasa berucap pada pelancaran Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP) Iskandar Malaysia, Helios Cove, di Permas Jaya, hari ini.
Najib berkata, pelaburan besar itu membuktikan asas ekonomi negara yang kukuh terutama hasil pengukuhan ekonomi oleh kerajaan menerusi pemansuhan subsidi ke atas petroleum dan gas, melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mempelbagaikan ekonomi. - Bernama
No comments:
Post a Comment