Recent Post

Wednesday, August 10, 2016

Rakyat gelisah soal keselamatan... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 10 Ogos 2016

Pada Sabtu yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kejadian tembak dan tetak di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam, yang dilapor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga menyebabkan tiga mangsa cedera termasuklah seorang pengawal keselamatan.

Pada hemat saya, perlakuan kes jenayah yang jelas seperti ini tidak harus dipandang ringan oleh mana -mana pihak terutamanya pihak berwajib kerana ia melibatkan soal keselamatan dan keamanan rakyat.

Hakikatnya, isu kumpulan samseng ini bukanlah satu yang perkara yang baharu di negara ini khususnya di Selangor. Malah, isu berkenaan telah membangkitkan keresahan dan kegelisahan rakyat yang sepatutnya rasa dilindungi, tetapi malangnya berasa terancam.

Keluh kesah tersebut sentiasa dirintih oleh setiap lapisan rakyat tidak mengira keturunan, bangsa, agama dan kepercayaan sehingga ke hari ini. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa keadaan terancam seperti ini telah mewujudkan situasi keresahan yang munasabah kepada rakyat.

Justeru, bagi menangani ancaman kumpulan samseng tersebut, maka adalah menjadi suatu keperluan yang sangat mendesak kepada pihak berkuasa agar dapat memberi perhatian yang lebih dan menyeluruh mengenai perkara itu termasuklah meningkatkan usaha pemantauan di lokasi-lokasi panas yang telah dikenalpasti dan bertindak lebih proaktif supaya kelihatan melindungi keselamatan rakyat secara kolektif.

Usaha pemantauan ini adalah sangat penting demi untuk memastikan keselamatan rakyat hendaklah sentiasa terjamin dan terlindung sepenuhnya. Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlulah berusaha dalam melaksanakan satu pendekatan yang lebih ampuh dan tuntas untuk membendung ancaman kumpulan-kumpulan samseng ini termasuklah menempatkan pasukan petugas di kawasan-kawasan perumahan rakyat yang menjadi sasaran dan aktiviti kumpulan samseng ini.

Malah, pihak berkuasa juga adalah dicadang menggiatkan satu bentuk kerjasama dalam membantu komuniti-komuniti setempat bagi memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan masing-masing.

Selain daripada itu, pihak berkuasa juga dicadangkan membekalkan maklumat terkini kepada rakyat mengenai keadaan keselamatan semasa termasuklah kadar indeks jenayah di kawasan -kawasan mereka supaya rakyat sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga serta berwaspada dari semasa ke semasa.

BUDIMAN MOHD. ZOHDIAhli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang10 Ogos 2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *