Recent Post

Monday, August 08, 2016

Tuntutan untuk raja bergelar Perak pula timbul


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pertikaian takhta kesultanan Perak sudah berlalu. Sultan Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai sultan ke-35 negeri dalam upacara penuh istiadat yang diwarisi sejak kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanapun, tidak sunyi daripada tuntutan demi tuntutan, waris-waris dan kerabat lain kini berharap dipertimbangkan pelantikan sebagai raja bergelar, sekali gus anggota Dewan Negara Perak.

Peniaga Mohamad Fuad Othman, 63, antara yang tampil memohon badan penasihat diraja itu mempertimbangkan perkara itu, setelah wawancara dengan calon-calon dijalankan dewan itu bulan lalu.

Mohamad Fuad, yang memandu lebih 200km dari Kuala Kangsar ke pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, berharap dua lagi kekosongan raja bergelar yang belum diisytihar diberi kepada waris sultan ke-18 dan ke-12 Perak.

"Kita minta dua kekosongan dimasukkan oleh waris yang tegar (sebelah lelaki, seperti dalam perwalian perkahwinan).

"Saya memohon kerana Allah bukan kerana jawatan kerana saya tidak ada sebarang jawatan di istana, tak ada apa yang saya nak rayukan pada mereka," katanya.

Beliau berkata, sebagai keturunan Temenggung di Perak, beliau merasakan bertanggungjawab menjaga adat dan agama di negeri itu.

Mohamad Fuad hadir bersama beberapa orang lagi kerabat dua sultan itu, yang masing-masing enggan kenyataan mereka dipetik.

Mereka membawa bersama salasilah panjang kesultanan negeri itu, bersama undang-undang tubuh dan buku-buku sejarah negeri.

Mohamad Fuad berkata permintaan itu selari dengan keutamaan dua keturunan itu seperti dinyatakan dalam Perkara 8 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Bukan sistem turun temurun

Di Perak, sultan dilantik berdasarkan sistem kenaikan pangkat, bukannya mengikut sistem turun temurun daripada raja pemerintah kepada puteranya.

Sistem ini bermula dengan pelantikan sebagai Raja Kechil Bongsu, diikuti Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Sulung, Raja Kechil Besar, Raja Di Hilir, Raja Muda dan seterusnya sultan Perak.

Kini, daripada tujuh pangkat itu, hanya dua yang belum diisytihar, iaitu Raja Kechil Bongsu, diikuti Raja Kechil Tengah.

Mohamad Fuad berkata beliau pernah membuat laporan polis beberapa kali berkaitan perkara itu, terakhir pada Mei lalu lalu.

Beliau juga pernah pernah berkata ada menulis surat memohon Dewan Negara Perak mempertimbangkan perkara itu tetapi didakwa tidak berbalas.

"Saya dah buat surat sebanyak empat kali... Dan yang terakhir saya telah hantar pada setiausaha Dewan Negara Perak (baru-baru ini)," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi istana, Dewan Negara Perak dan kerajaan negeri berkaitan tuntutan itu.

Sultan Nazrin, ketika itu Raja Muda ditabalkan sebagai sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei lalu.

Baginda, ketika menjadi Raja Kecil Besar sebelum ini didakwa melangkau giliran selepas Raja Muda Raja Ahmad Siffudin Sultan Iskandar Shah dan Raja di Hilir Raja Ahmad Hisham Abdul Malek atas faktor tertentu.

Persoalan ini telah dibangkitkan melalui tulisan-tulisan di Internet. Antara yang pernah menulis perkara ini ialah penulis politik terkenal Syed Hussien Alattas.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *