Recent Post

Friday, September 02, 2016

Pelajar Yang Hilang di China 12 Tahun Lalu Dipercayai Diculik Untuk Ajar Bahasa Inggeris Kepada Kim Jong Un


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Amerika Syarikat, 2 Sept - Seorang pelajar kolej yang dilaporkan hilang di China 12 tahun lalu dipercayai ditemui masih hidup dan sebenarnya diculik untuk menjadi tutor bahasa Inggeris peribadi Kim Jong Un, lapor The Sun memetik Yahoo Japan.

David Sneddon hilang ketika dia berusia 24 tahun pada 2004 di China dan ketika itu, polis China percaya Sneddon terlibat dalam insiden ketika mendaki bukit.

Namun, mayatnya tidak ditemui sehingga sekarang.

Baru-baru ini, portal Yahoo Japan melaporkan bahawa Sneddon diculik untuk menjadi tutor bahasa inggeris kepada bakal pemimpin di Korea Utara itu (Kim Jong Un kecil).

Sneddon kini dipercayai mempunyai seorang isteri dan dua anak dan tinggal di Pyongyang, dakwa Yahoo Japan.

Ketua Persatuan Keluarga Diculik Korea Selatan, Choi Sung-yong, mendakwa Sneddon masih lagi hidup dan kini berusia 30-an.

Amerika Syarikat kini telah melancarkan operasi mencari Sneddon.

Ibu Sneddon, Kathleen Sneddon berkata "Kami tahu ya ng dia masih hidup, jadi kami perlu terus berjuang".

Menurut keluarga itu, mereka mengambil keputusan untuk berjuang mendapatkan jawapan disebabkan mayat anaknya tidak pernah ditemui biarpun diishytiharkan mati oleh polis China. - Siakapkeli.my

Sumber : The Sun, Independent




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *